Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Kurus Tak Makan Setelah...

JELI - Selepas hilang enam hari, seorang lelaki yang menghidap masalah mental ditemui...

APMM P.Pinang Tahan 4...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan empat pendatang...

Keputusan Potong Mata 4...

PUTRAJAYA - Keputusan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengenakan pemotongan enam mata...

Menteri Puas Hati Operasi...

KUANTAN - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi...

PERKESO, UPM Jalin Kerjasama Dalam Bidang Perubatan Dan Rehabilitasi

PETALING JAYA : Sebagai peneraju dalam perlindungan keselamatan sosial di Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sentiasa komited menambah baik perkhidmatannya demi kesejahteraan keselamatan sosial golongan pekerja.

Usaha berkenaan dijalankan dengan pelbagai cara seperti jalinan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak termasuk institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara.

Terbaharu, PERKESO memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pemangkin usaha kedua-dua organisasi untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan dalam bidang masing-masing.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, MoU tersebut merangkumi kerjasama dalam bidang perubatan, rawatan rehabilitasi, intervensi neurologi, neuro-robotik, kesihatan mental dan kemahiran kesihatan.

Kata Mohammed Azman, kerjasama itu juga merangkumi latihan vokasional, keselamatan dan kesihatan, pengurusan hilang upaya, Program Return to Work (RTW), pasaran buruh, akuakultur, agrikultur dan sebagainya.

“Kerjasama strategik antara PERKESO dan UPM ini telah bermula sejak tahun lalu menerusi pelaksanaan program perintis Early Stroke Disability Prevention Programme antara PERKESO, Hospital Pengajar UPM dan Kementerian Kesihatan.

“Program yang mengguna pakai pendekatan pengesanan awal dan rawatan awal ini bertujuan memberikan rawatan awal kepada pekerja yang mengalami serangan strok atau angin ahmar dalam tempoh 24 jam pertama selepas serangan.

“Kaedah rawatan yang digunakan adalah menerusi prosedur Thrombolysis dan Thrombectomy bagi mengeluarkan darah beku dalam saluran darah pesakit, diikuti dengan rawatan rehabilitasi yang intensif,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani dan pertukaran MoU antara PERKESO dan UPM di Hospital Pengajar UPM.

Rawatan awal

MoU berkenaan ditandatangani oleh Mohammed Azman bersama Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman dan disaksikan Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi Tun Abdul Razak PERKESO, Datuk Dr. Hafez Hussain serta Pengarah Hospital Pengajar UPM, Prof. Madya Dr. Muhammad Mohd. Isa.


Selain itu kata Mohammed Azman, menerusi pengurusan rawatan awal, ini dapat mencegah risiko ketidakupayaan zikal dan mental yang boleh menimpa pesakit selepas serangan strok selain membantu meningkatkan lagi tahap kesembuhan pesakit, sekali gus membolehkan mereka kembali bekerja dengan lebih awal.

Sejajar dengan itu, katanya, seramai 50 pencarum PERKESO yang layak, dipilih untuk mengikuti projek rintis itu, dengan bantuan pemantauan oleh PERKESO, Hospital Pengajar UPM dan beberapa hospital di bawah KKM seperti Hospital Kajang, Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya.

“Selain kerjasama ini, PERKESO bersama Hospital Pengajar UPM bekerjasama untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rawatan rehabilitasi kepada Orang Berinsurans PERKESO yang dirujuk ke hospital ini.

“Usaha ini dilihat dapat membantu memperluas lagi perkhidmatan pemulihan rehabilitasi PERKESO menerusi Pusat Rehabilitasi kami yang sememangnya cukup efektif, canggih dan berkualiti kepada para pencarum yang ditimpa bencana, mahupun kepada segenap lapisan masyarakat yang memerlukan rawatan pemulihan ini.

“Kami percaya, rawatan yang diberikan ini dapat membantu mempercepat proses pemulihan pesakit, sekali gus membolehkan mereka kembali bekerja dan dapat menyara keluarga masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, strategi berkenaan juga adalah selari dengan matlamat Program Return to Work (RTW) PERKESO yang menekankan konsep intervensi awal dan rehabilitasi intensif.

“Semoga kerjasama strategik yang dimeterai antara kedua pihak pada hari ini tidak akan berhenti di sini sahaja, sebaliknya akan diteruskan dengan meneroka peluang kolaborasi dalam bidang-bidang yang lain di masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mohd. Roslan berkata, menerusi MoU tersebut, UPM akan menjalankan kerjasama dengan Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak yang mengamalkan konsep pemulihan
yang mengintegrasikan pemulihan zikal dan vokasional sehingga kembali ke alam pekerjaan ataupun masyarakat.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori