• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri KPKT, REHDA Diarah Tangani Isu Kos Bahan Binaan, Kartel Industri

oleh AK-47
10/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) diarah menangani isu peningkatan kos bahan binaan seperti besi dan keluli serta penguasaan kartel dalam industri pembinaan.

Isu itu antara dibincangkan mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) hari ini yang turut mencadangkan membuka permit import (AP) bahan terbabit kepada semua jika peningkatan harga berpunca daripada AP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata MPMMN melahirkan kebimbangan mengenai kos bahan binaan yang semakin meningkat.

“Kebimbingan mesyuarat adalah kos bahan binaan seperti besi dan keluli yang semakin meningkat serta penguasaan kartel dalam industri pembinaan.

“Justeru, Menteri KPKT dan REHDA diarah menangani perkara ini. Jika ia berpunca daripada AP, mesyuarat mencadangkan supaya ia dibuka kepada semua,” katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat berlangsung dalam talian, turut dihadiri Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara serta Gabenor BNM.

MPMMN adalah platform membincang dan menyelaras hala tuju perancangan, pelarasan serta pemantauan bagi penyediaan rumah mampu milik di seluruh negara selaras matlamat ‘Satu Keluarga Satu Rumah’.

BHonline-

Tags: KPKTMPMMNREHDA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming melabelkan pihak yang membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai...

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd