• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokman Adam belum Terima Saman Daripada KJ

oleh AK-47
03/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam memaklumkan beliau setakat ini masih tidak menerima sebarang tuntutan saman daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung isu program vaksinasi Covid-19 kerajaan.

Menurut Lokman, beliau juga tidak menerima apa-apa dokumen atau tuntutan yang memintanya untuk memadam dakwaan yang dilakukannya sebelum ini.

“Saya belum terima (tuntutan saman) apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Media pada Khamis melaporkan bahawa Khairy telah memfailkan saman fitnah terhadap Lokman dan seorang penceramah bebas, Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau Abu Syafiq di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari lalu.

Difahamkan, saman itu difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy, antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.

Menurut laporan, Khairy menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam serta permohonan maaf di media sosial dan beberapa portal berita.

Dalam pada itu, Lokman berkata, memandangkan tiada sebarang dokumen yang diterima daripada pihak Khairy, beliau masih tidak mengetahui dengan jelas mengenai isu sebenar yang dibangkitkan dalam isu saman tersebut.

Pada masa sama, Lokman berkata, beliau bersedia untuk menjawab sebarang persoalan berbangkit sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah.

-Sinar Harian

Tags: Isu VaksinKJLokman Adam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sasaran 80 Peratus Kanak-Kanak Terima Dos Pertama Dalam 6 Bulan

Next Post

BERSATU Akui Undi Golongan Muda Sukar Diramal

Related Posts

Ada Orang Curi Nombor IC KJ Untuk Daftar PADU

Ada Orang Curi Nombor IC KJ Untuk Daftar PADU

29/03/2024
0

Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis selepas nombor kad pengenalannya digunakan pihak lain dalam Pangkalan Data Utama...

KJ Pertimbang Tubuh Parti Baharu

KJ Pertimbang Tubuh Parti Baharu

05/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempertimbangkan untuk menubuhkan parti baharu disebabkan pasaran politik yang agak tepu. Ikuti...

Next Post

BERSATU Akui Undi Golongan Muda Sukar Diramal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd