Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – “Nampak gaya cubaan PAS untuk makan muruku cicah budu di Hari Raya Aidilfitri tidak berjaya”
Demikian sindiran Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam terhadap PAS berikutan MIC menafikan parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN)
Menurut beliau, penafian itu juga satu tamparan yang cukup memalukan kepada PN kerana terlalu gelabah mengumumkan kemasukan MIC ke dalam PN.
“MIC tidak akan membuat keputusan secara terburu-buru apatah lagi meninggalkan landasan asalnya. Barisan Nasional (BN) adalah rumah tradisi mereka dan sejarah telah membuktikan keserasian ini sejak awal.
“Mereka juga sedar bahawa PN tidak mempunyai hala tuju yang meyakinkan untuk masyarakat berbilang kaum,” katanya dalam satu kenyataan di muat naik di media sosial hari ini.
Setiausaha Agung PN, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini dilaporkan memaklumkan MIC telah diterima menganggotai PN, namun perkara itu dinafikan oleh
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.
Lokman berkata, MIC juga tahu masa depan mereka tetap bersama BN, bukan eksperimen politik yang penuh ketidaktentuan yang mengadai prinsip kebersamaan.
“Kepada PAS jagalah MIPP tu baik-baik, bimbang nanti dalam usaha untuk menawan hati MIC, MIPP pula yang lari dari rumah PN,” sindirnya lagi. – MYNEWSHUB
Sumber Info: Akaun Media Sosial Lokman Noor Adam Official


