• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNHEP Negeri Sembilan Terus Pantau Bekalan, Harga Ayam

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan akan terus mempergiatkan pemantauan dan pemeriksaan terhadap bekalan dan harga ayam standard di negeri ini, bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan.

Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman, berkata ia susulan pengumuman langkah intervensi kerajaan menetapkan harga maksimum runcit bagi ayam standard pada RM8.90 berkuat kuasa esok sehingga 5 Jun ini.

“Aktiviti pemeriksaan oleh anggota penguat kuasa terus dipergiatkan untuk memastikan peniaga di Negeri Sembilan mematuhi harga maksimum runcit bagi ayam standard dan tidak menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina, didapati harga ayam standard di 14 pasar awam di Negeri Sembilan dijual dengan harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) iaitu RM9.10 sekilogram (kg).

“Harga ayam standard di 25 pasar raya pula mencatatkan harga jualan antara RM7.80 kg sehingga RM9.10 kg,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengenai bekalan telur ayam yang dilaporkan mengalami kekurangan, Ain Arjuna berkata, ia disebabkan permintaan tinggi terutama ketika musim perayaan dan untuk kegunaan majlis perkahwinan.

Beliau berkata, pemantauan berterusan pihaknya turut dilakukan ke atas sebanyak 41 peruncit dan tiga pemborong terbabit dalam rantaian pengedaran telur ayam bermula 28 Januari hingga Rabu lalu.

“Sesetengah premis runcit juga memaklumkan terdapat pembekal yang tidak beroperasi ketika cuti perayaan ini dan akan menyambung operasi bermula esok.

“Pengguna di Negeri Sembilan dinasihatkan tidak bimbang dan perlu mengelakkan sebarang pembelian panik memandangkan situasi ini bersifat sementara,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan membabitkan 325 premis sejak pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina bermula 29 Januari lalu dan setakat ini tiga kes mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sudah diambil dengan jumlah kompaun dikenakan RM300 kerana gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal.

“Pengguna di Negeri Sembilan boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan peniaga yang tidak mematuhi undang-undang kepada pihak kami melalui portal e-aduan.kpdnhep (https://eaduan.kpdnhep.gov.my, atau talian bebas tol 1 800 886 800 dan Whatsapp 019 279 4317,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Bekalan Dan Harga AyamKPDNHEPNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api  – Zahid

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api – Zahid

26/09/2026
0

MELAKA - Jangan terburu-buru melabel mana-mana pihak sebagai derhaka atau biadab sebelum memahami kedudukan dan tanggungjawab setiap institusi yang terlibat...

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

26/09/2026
0

Oleh Mynewshub SEREMBAN – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd