• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Sokong Buka Sempadan Malaysia-Singapura

oleh AK-47
10/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad menyokong hasrat pembukaan sempadan antarabangsa khususnya melibatkan Singapura sekiranya pembukaan itu melibatkan persetujuan kedua-dua negara.

Katanya, hal itu kerana pihaknya tidak mahu langkah membuka sempadan dan membenarkan rakyat Malaysia di Singapura pulang dibuat semata-mata kerana tujuan politik sahaja.

“Selaku Menteri Besar, saya sokong hasrat untuk membenarkan mereka pulang, walau bagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan bersama kedua-dua negara kerana kita tidak mahu menyusahkan rakyat.

“Kita tidak mahu kebenaran balik itu atas sebab politik tetapi apabila mereka mahu pulang bekerja di Singapura akan timbul isu lama iaitu perlu menanggung kos kuarantin yang tinggi

“Saya tidak fikir itu tindakan yang baik melainkan kerajaan buat keputusan sedia untuk membayar kos sekiranya mereka balik semula ke Singapura,” katanya selepas melancarkan Ruang Kerja Common Ground Iskandar Space di Medini 6, di sini hari ini.

Kelmarin, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya bersetuju supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.

Bagaimanapun katanya, ujian Covid-19 sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan negara perlu dilakukan secara terancang mengikut syor Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan penilaian risiko semasa.

“Ini melibatkan semua negara kerana Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan tadi, sekiranya nak pilih (negara), Omicron ini sudah ada di seluruh dunia,” kata Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Hasni menegaskan, persetujuan membuka sempadan antarabangsa khususnya melibatkan sempadan Malaysia-Singapura perlu dibuat secara bilateral dan bukannya unilateral.

UtusanOnline-

Tags: Datuk Seri Ir. Hasni MohammadJohorpembukaan sempadanSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Terima Sembah Laporan Lima Pembinaan Masjid Baharu di Johor

Sultan Ibrahim Terima Sembah Laporan Lima Pembinaan Masjid Baharu di Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima persembahan laporan pembinaan masjid-masjid baharu di Johor. Laman Facebook Sultan...

430,000 Ahli UMNO Johor Teguh, Setia Dan Istiqamah – Onn Hafiz

430,000 Ahli UMNO Johor Teguh, Setia Dan Istiqamah – Onn Hafiz

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, lebih 430,000 ahli UMNO Johor terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd