• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Dan Singapura Desak Myanmar Segera Laksana Lima Konsensus

oleh Mohd Arshad
01/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA: Memandangkan hari ini genap setahun rampasan kuasa tentera di Myanmar, Indonesia dan Singapura mengecam keras kudeta itu dan menggesa junta tentera untuk segera melaksanakan Konsensus Lima Perkara (5-PC).

Tentera Myanmar perlu segera memberi akses kepada duta khas ASEAN untuk memulakan tugas berdasarkan mandat pemimpin-pemimpin ASEAN, kata Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan.

“Sebagai sebuah keluarga, ASEAN telah menghulurkan bantuan melalui 5-PC. Malangnya, setakat ini, belum ada kemajuan yang ketara dalam pelaksanaan 5-PC,” menurut kenyataan itu.

Indonesia juga akan terus menghulurkan bantuan, kata kementerian itu, sambil menambah bahawa keselamatan dan kesejahteraan rakyat Myanmar menjadi keutamaan negara itu.

Negara terbesar di Asia Tenggara itu juga menghargai sokongan masyarakat antarabangsa terhadap 5-PC ASEAN untuk menangani krisis di Myanmar.

Pada 23 Januari, Presiden Joko Widodo meluahkan rasa kesal kerana junta tentera “tidak komited untuk melaksanakan 5PC semasa lawatan Perdana Menteri Kemboja dan Pengerusi ASEAN Samdech Techo Hun Sen bulan lepas.

Kekecewaan itu disampaikan semasa panggilan telefonnya dengan Hun Sen atas permintaan kerajaan Kemboja.

Sementara itu, di Singapura, republik itu berkata ia kekal prihatin terhadap keadaan di Myanmar dan kecewa dengan kekurangan kemajuan dalam pelaksanaan 5-PC ASEAN.

Negara itu menggesa pihak berkuasa tentera Myanmar untuk segera melaksanakan 5-PC dengan sepenuhnya, termasuk memudahkan lawatan Duta Khas ke Myanmar untuk bertemu dengan semua pihak yang berkenaan.

Singapura juga menggesa semua tahanan politik dibebaskan termasuk U Win Myint, Daw Aung San Suu Kyi dan tahanan asing. Pihak berkuasa tentera Myanmar juga digesa mengelakkan tindakan yang bertentangan dengan perdamaian nasional di Myanmar.

“Keadaan rakyat di Myanmar semakin merosot,” kata kenyataan itu.

“Singapura tetap komited untuk menyokong usaha ASEAN dalam mengurangkan kesengsaraan di Myanmar,” kata Kementerian Luar (MFA) republik itu dalam satu kenyataan hari ini.

Myanmar bergolak sejak 1 Feb 2021 apabila ketua angkatan tentera Jeneral Min Aung Hlaing menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi dengan lebih 1,000 orang dilaporkan terbunuh dalam rusuhan yang berlaku selepas itu.

Bernama-

Tags: IndonesiaKonsensus lima perkaraMyanmarSingapore
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd