• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Bumi Kuat Landa Timur Indonesia

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah timur Maluku di Indonesia hari ini, bagaimanapun tiada kematian atau kerosakan dilaporkan.

Agensi berita Xinhua, yang memetik kenyataan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik, pada awalnya mengeluarkan maklumat mengenai gempa bumi bermagnitud 6.2, sebelum melakukan semakan semula.

Selain itu, agensi berkenaan tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami kerana gegaran yang berlaku tidak mencetuskan gelombang ombak yang besar.

Katanya, gempa itu berlaku pada jam 4.32 pagi tadi waktu tempatan, dengan pusat gempa terletak 86 kilometer (km) ke timur laut daerah Maluku Barat Daya pada kedalaman 131 km di bawah dasar laut.

Kekuatan gempa itu dirasai pada skala dua hingga tiga MMI (Modified Mercalli Intensity) di Saumlaki, sebuah bandar di daerah Pulau Tanimbar dan daerah Maluku Barat Daya.

Gempa itu disebabkan subduksi di Laut Banda, berpunca daripada pergerakan batuan di sepanjang garis sesar, kata Ketua Jabatan Gempa dan Tsunami agensi itu, Bambang Setiyo Prayitno, dalam satu kenyataan.

Pegawai kanan Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana di kedua-dua daerah, yang juga kawasan paling teruk dilanda bencana, berkata gegaran itu tidak dirasai penduduk di wilayah berkenaan.

“Gegaran tidak dirasai di sini, jadi ia tidak menyebabkan panik atau kerosakan,” kata Ketua Unit Operasi Agensi Pengurusan Bencana dan Mitigasi daerah Pulau Tanimbar, Doni B Layan, ketika dihubungi Xinhua.

Begitu juga di Maluku Barat Daya, gegaran tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan, kata Ketua Unit Operasi Agensi Pengurusan Bencana dan Mitigasi daerah itu, Yoshua Philippus, kepada Xinhua.

BHonline-

Tags: gempa bumiIndonesiatimur indonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd