• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gajah Mati Disyaki Termakan Baja Atau Racun

oleh Mohd Arshad
16/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Padang Terap : Gajah betina yang ditemui di tepi Jalan Empangan Pedu, berdekatan Kampung Pinang, Pedu, Padang Terap semalam, dipercayai mati akibat termakan baja atau racun tumbuhan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Jamalul Nasir Ibrahim berkata, sampel gajah berusia 20 tahun itu sudah diambil pegawai forensik bagi dibawa ke makmal di Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

“Punca sebenar kematian mamalia itu akan mengambil sedikit masa. Setakat ini kita mengesyaki punca haiwan liar itu mati akibat termakan baja atau racun tumbuhan yang terdapat di kawasan itu.

“Ini kerana pernah berlaku tahun lalu seekor anak gajah turut mati akibat termakan baja tumbuhan di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jamalul Nasir berkata, gajah dianggar seberat dua tan itu sudah ditanam di lokasi berdekatan menggunakan jentolak kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya turut menasihatkan petani yang mengusahakan tanaman sekitar kawasan itu agar menyimpan baja atau racun tumbuhan di tempat yang selamat daripada haiwan.

“Hutan Pedu adalah kawasan habitat gajah dan sudah pasti haiwan itu akan berkeliaran di kawasan berdekatan. Justeru petani yang mengusahakan tanaman perlu menyimpan baja dan racun di dalam stor.

“Saya difahamkan ada petani yang menyimpan racun atau baja hanya di bawah pokok sahaja, ia memberi risiko kepada gajah yang berkeliaran di kawasan itu termakan bahan input pertanian berkenaan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Disyaki Makan Baja Atau RacungajahGajah Mati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PEJUANG Tawar Kerajaan Penyayang Untuk Rakyat Johor

Next Post

Kes Dana 1MDB: Leissner Saksi Utama Pendakwaan Terhadap Roger Ng

Related Posts

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

12/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gajah betina yang dilihat 'meratapi' kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori di Lebuh Raya Gerik-Jeli, semalam, sudah kembali...

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

04/07/2024
1

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam...

Next Post

Kes Dana 1MDB: Leissner Saksi Utama Pendakwaan Terhadap Roger Ng

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd