• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Gagal Dalam Rayuan Kembalikan Saman Untuk Batal Sabitan Kes Liwat

oleh Mohd Arshad
23/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini bagi mengembalikan semula samannya terhadap kerajaan untuk membatalkan sabitan kes liwat membabitkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Lee Swee Seng, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian, dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan presiden PKR itu dan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi tepat dalam membatalkan saman pemula Anwar.

Abu Bakar, yang menyampaikan keputusan itu berkata dakwaan Anwar bahawa ketua pendakwa dalam kes liwatnya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, telah menerima RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah kenyataan semata-mata tanpa bukti sokongan.

“Oleh itu, kenyataan bahawa Muhammad Shafee tidak bebas sebagai ketua pendakwa, tidak mempunyai sebarang merit.

“Dalam apa jua keadaan walaupun terbukti wang itu telah dibayar kepada Muhammad Shafee oleh Najib, kami tidak berpendapat ini menjejaskan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan,” kata hakim itu.

Abu Bakar berkata, keputusan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat Anwar diberikan oleh hakim mahkamah tersebut secara bebas dan tanpa pengaruh atau pengetahuan mengenai sebarang bayaran antara kedua-dua individu itu.

“Oleh itu tidak menjadi isu jika ada pembayaran tersebut dibuat oleh Najib kepada Muhammad Shafee. Perkara itu menjadi urusan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menyiasat dan Peguam Negara untuk mendakwa jika terdapat pembayaran rasuah dan penerimaan dalam jumlah yang sama,” katanya.

Beliau berkata Anwar juga tidak dinafikan peluang membela diri sehingga ke Mahkamah Persekutuan dalam kes liwatnya.

Prosiding mahkamah dijalankan secara dalam talian.

Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 November 2017 yang membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan samannya.

Dalam saman pemulanya yang difailkan pada 9 Jun 2017, menamakan kerajaan sebagai defendan, Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa beliau tidak mendapat perbicaraan adil dalam prosiding rayuannya berhubung sabitan kes liwat.

Anwar memohon satu deklarasi bahawa sabitannya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ultra vires atau di luar kuasa Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak sah.

Beliau juga memohon perintah bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan juga adalah ultra vires dan oleh itu, terbatal serta tidak sah.

Afidavit Anwar mendakwa Muhammad Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan berhubung sabitan kes liwat beliau.

Sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Bagaimanapun, Anwar telah diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018.

Peguam J. Leela dan How Li Nee mewakili Anwar manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bagi pihak pendakwaan. Peguam Sarah Abishegam bertindak bagi Muhammad Shafee, yang dibenarkan mencelah dalam rayuan pada 2018.

-Awani

Tags: anwarRayuansaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan, SPR Perlu Kaji Pengundian Elektronik – Bekas Pengerusi SPR

Next Post

PEJUANG Hanya Tanding 42 Kerusi DUN Johor

Related Posts

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

19/03/2025
1

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mula mendengar hujahan daripada pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang...

Next Post

PEJUANG Hanya Tanding 42 Kerusi DUN Johor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd