Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Pos Malaysia Terbit Setem...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan setem 'Tapak Pertahanan...

Lebih 14.3 Juta Dos...

PUTRAJAYA - Sejumlah 14,347,285 dos vaksin sudah diberikan setakat jam 11.59 malam tadi...

ATM Tunggu Laporan Penuh...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menunggu laporan penuh siasatan kemalangan...

Cuaca Buruk Berterusan Di...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi negeri Sarawak...

Amaran Kepada Rusia: Dialog Atau Teruskan Ketegangan

PETALING JAYA : Dialog dan diplomasi atau terus meningkatkan ketegangan.

Demikian kata dua Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terhadap Rusia yang dikatakan mengancam dan melakukan provokasi menyerang Ukraine.

Dalam kenyataan bersama, Duta Besar AS ke Malaysia, Brian McFeeters dan Duta Besar EU,

menegaskan, AS, EU dan NATO berusaha keras ke arah penyelesaian diplomatik dan bersedia bergerak ke peringkat seterusnya jika Rusia sanggup mengurangkan tindakan agresif terhadap Ukraine.

“Pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terangterangan oleh Rusia merupakan cabaran langsung kepada peraturan antarabangsa. Ukraine adalah ahli Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) dan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

“Jika Rusia dibenarkan mengehadkan kedaulatan Ukraine dengan menentukan pilihan pakatan dan dasar luar negara itu melalui peras ugut dan melanggar integriti wilayahnya, perkara ini boleh menggalakkan negara lain memperluaskan tuntutan wilayah secara haram, termasuk di Laut China Selatan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut menyentuh ancaman ketenteraan oleh Rusia terhadap Ukraine sehingga menjadi ketegangan geopolitik apabila negara itu terus-menerus melancarkan kempen maklumat palsu dan serangan siber yang agresif.

Pada masa sama, Rusia meningkatkan kehadiran tentera dan lengkap bersenjata di dalam dan sekitar Ukraine termasuk Semenanjung Krimea iaitu wilayah dirampas secara haram manakala bahagian wilayah timur Donbas berlaku apabila mereka menyokong kumpulan bersenjata.

“Menggugat prinsip peraturan antarabangsa melemahkan asas kerjasama antarabangsa manakala pelanggaran Rusia mengancam keamanan dan kestabilan di benua Eropah.

“Kami menegaskan sokongan kuat kami yang tidak berbelah bahagi untuk menjaga kedaulatan dan mempertahankan integriti wilayah Ukraine dalam sempadan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sehinggalah ke perairan wilayah,” kata kenyataan itu.


Kenyataan itu kemudian menggesa Rusia agar mengendurkan ketegangan dan mematuhi undang-undang antarabangsa serta menyokong rangka kerja sedia ada untuk penyelesaian konflik lebih mampan dan aman.

“Jadi kami menyeru Rusia terlibat semula secara konstruktif dan ikhlas di bagi merangka kerja antarabangsa yang telah ditetapkan.

“Kami pun menggariskan bidang di mana NATO dan Rusia boleh maju bersama untuk mengukuhkan keselamatan demi untuk kita semua.

“Tentu sekali untuk dunia termasuk tindakan timbal balik dalam pengurangan risiko.

“Jalan diplomatik menyediakan satu-satunya penyelesaian yang kukuh dan berpanjangan kepada kebimbangan keselamatan berkaitan negara Rusia, Eropah dan dunia.

“Namun kami komited meneruskan semua jalan diplomatik untuk menamatkan krisis ini.

“Dalam mencapai matlamat ini, AS, EU,dan NATO bersatu hati,” kata kenyataan berkenaan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori