• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

oleh AK-47
20/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak akan dimasukkan dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat pada Khamis.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, beliau tidak menerima sebarang notis daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membahaskan perkara itu..

“Saya tidak ada kuasa menetap atau menerima usul tersebut. Sehingga hari ini, saya tidak mempunyai notis mengenai usul tersebut

“Mesyuarat hari ini perlu mengikut aturan ditetapkan,” katanya di Dewan Rakyat.

Azhar mengakui beliau menerima usul yang dikemukakan oleh Salahuddin dan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) itu dua hari lalu.

“Saya telah menjawab bahawa sidang khas ini dipanggil oleh Perdana Menteri di bawah kuasa mutlak beliau dalam Aturan 11 (3) Peraturan Majlis Mesyuarat.

“Mengikut peraturan tersebut, agenda sidang khas yang dicadangkan oleh pihak Perdana Menteri adalah di bawah kuasa mutlak beliau dan beliau yang menyusun atur agenda tersebut,” katanya.

Salahuddin sebelum itu meminta usul yang dikemukakan beliau mengenai dakwaan pemilikan saham oleh Azam diperdebatkan di Dewan Rakyat.

“Saya tidak menafikan pentingnya perbahasan mengenai banjir yang melanda negara tetapi isu integriti juga penting melibatkan penjawat awam, Ketua Pesuruhjaya SPRM. Saya mohon perkara ini dipertimbangkan,” ujarnya.

Kor Ming selepas itu turut bangkit meminta usul yang dikemukakan oleh Salahuddin dan beliau dibenar dibahaskan dalam kamar khas atau Dewan Rakyat.

“Saya juga mengusulkan usul tergempar di bawah aturan 18 (1) berkenaan pemilikan saham Azam untuk mempertahankan integriti SPRM dan ini adalah peranan utama Parlimen kita dalam semak dan imbang,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Isu Azam Baki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Panel Bebas Pantau Kes Pemilikan Saham Azam Baki

22/03/2022
0

Kuala Lumpur : Kes pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM), Tan Sri Azam Baki turut dipantau...

Siasatan Polis Ke Atas Azam Baki Masih Berterusan – Hamzah

03/03/2022
0

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan berhubung pemilikan saham oleh Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd