• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Panel Bebas Pantau Kes Pemilikan Saham Azam Baki

oleh Mohd Arshad
22/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kes pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM), Tan Sri Azam Baki turut dipantau dan dibincangkan dalam mesyuarat dua panel bebas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan Jawatankuasa Aduan (JKA) sebagai semak dan imbang.

Di bawah SPRM katanya, terdapat lima jawatankuasa sejak 2009 lagi, suruhanjaya itu dipantau oleh lima panel bebas iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), JKA, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Panel Penilaian Operasi (PPO), dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR).

“Berkenaan dengan laporan Ketua Pesuruhjaya SPRM, kita sudah mendapat laporan dan siasatan sudah dijalankan berkenaan peraturan dan juga undang-undang pemilikan saham oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) terhadap kes berkenaan.

“Siasatan sudah selesai dan SC mendapati tiada kesalahan yang dibuat berkenaan saham yang dilaporkan ke atas beliau pada 2015 dan 2016, berdasarkan semua dokumen semasa siasatan. “Begitu juga dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), difahamkan sedang menjalankan siasatan sebagaimana jawapan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri pada 7 Mac lalu,” katanya pada sesi pertanyaan bagi lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan dikemukakan Datuk Seri Salahuddin Ayob (PH-Pulai) mengenai apakah langkah diambil kerajaan supaya menteri atau penjawat awam boleh dipanggil untuk beri penjelasan berhubung isu rasuah dan salah laku.

Beliau berkata, setiap jawatankuasa ini mempunyai terma dan rujukan masing-masing yang berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap penunaian fungsi suruhanjaya itu selain daripada siasatan daripada pihak SC dan PDRM.

“Kes Tan Sri Azam Baki juga dibincangkan dalam mesyuarat LPPR dan JKA yang mempunyai kuasa untuk memantau dan memberi pandangan serta cadangan tentang siasatan dijalankan,” katanya.

Menjawab mengenai langkah proaktif kerajaan untuk meningkatkan kewibawaan SPRM dalam menghadapi kes rasuah semakin kritikal, Mas Ermieyati berkata, melalui Pelan AntiRasuah Nasional (NACP) 2019-2023, pelbagai usaha pemantapan governan, integriti dan juga antirasuah dalam urusan pentadbiran kerajaan dilaksanakan.

Menurutnya, ia dilaksanakan dalam pelbagai platform dan kaedah bagi meningkatkan kecekapan serta ketelusan pentadbiran kerajaan termasuk meningkatkan kewibawaan SPRM.

Justeru, katanya, kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi menambah baik fungsi perundangan membabitkan bidang kuasa SPRM termasuk beberapa peruntukan baharu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2019 atau Akta 694.

“Ia termasuk Pelan NACP 2019-2023 juta menerajui 11 inisiatif serta menjadi agensi sokongan bagi 22 inisiatif yang lain dan pelan itu termasuklah inisiatif untuk sama-sama memperkasakan SPRM di dalam memperkukuhkan agensi penguatkuasaan undang-undang.

“NACP 2019-2023 menggariskan inisiatif untuk memperkasakan SPRM termasuk khususnya dalam pelantikan Ketua Pesuruhjayanya, peruntukan kewangan, jawatankuasa pemantau, penubuhan suruhanjaya perkhidmatan dan juga tenaga kerja,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Azam BakiIsu Azam BakiKes Pemilikan Saham Azam BakiPanel Bebaspantau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

Program Wacana Ilmiah Perdana Kecoh: Dua Pemuda Lancar Protes Ketika Azam Baki Berucap

Program Wacana Ilmiah Perdana Kecoh: Dua Pemuda Lancar Protes Ketika Azam Baki Berucap

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Program Wacana Ilmiah Perdana di ibu negara bertukar kecoh apabila dua pemuda bertindak melakukan protes ketika Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd