• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Polis Ke Atas Azam Baki Masih Berterusan – Hamzah

oleh Mohd Arshad
03/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan berhubung pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya, SPRM, Azam Baki, meskipun siasatan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atasnya sudah ditutup.

“Setakat ini, siasatan masih berterusan.

“Sehubungan itu, kementerian tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut berhubung kes ini supaya tidak mengganggu siasatan yang masih berlangsung,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Hamzah menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang mahu tahu jika siasatan terhadap Azam berkenaan isu pemilikan saham atas namanya masih berjalan, biarpun SC sudah memuktamadkan dan menutup siasatan.

Menurut Hamzah, siasatan yang masih diteruskan itu adalah berkait Dang Wangi report 396/2022 bertarikh 6 Januari lalu, dengan membuka Kertas Enkuiri Polis.

Azam pada sidang media sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat, termasuk syarikat konglomerat.

Alasannya adalah akaun saham itu digunakan oleh adiknya, Nasir Baki. Azam juga mendakwa tidak mempunyai kepentingan atau manfaat terhadap saham yang dibeli.

SC sebelum ini mengumumkan bahawa siasatannya tidak dapat memastikan secara konklusif Azam melanggar undang-undang berhubung pemilikan sahamnya mengikut Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

Namun SC juga menjelaskan bahawa Azam mempunyai “kawalan” ke atas akaun dagangannya sendiri dan telah menggunakannya untuk berdagang saham.

Azam mencuri tumpuan susulan pendedahan pemilikan 1,930,000 saham dalam Gets Global Berhad (sebelum ini KBES Berhad) pada 30 April 2015 bernilai sekitar RM772,000 pada masa itu.

Pegangan sahamnya dalam Gets Global Berhad susut kepada 1,029,500 pada 31 Mac 2016. Namun ia bernilai sekitar RM340,000 pada masa itu.

Dia juga memegang 2,156,000 waran dalam Excel Force MSC Berhad pada Mac 2016.

Pemilikan saham berkenaan pada 2015 dan 2016 telah menimbulkan persoalan sama ada ia sepadan dengan pendapatannya sebagai penjawat awam atau sebaliknya dan kebimbangan berlaku konflik kepentingan.

-Malaysia Kini

Tags: Azam BakiIsu Azam Bakipolissiasatan polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Program Wacana Ilmiah Perdana Kecoh: Dua Pemuda Lancar Protes Ketika Azam Baki Berucap

Program Wacana Ilmiah Perdana Kecoh: Dua Pemuda Lancar Protes Ketika Azam Baki Berucap

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Program Wacana Ilmiah Perdana di ibu negara bertukar kecoh apabila dua pemuda bertindak melakukan protes ketika Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd