• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Perkasa Usaha Konservasi Penyu

oleh AK-47
15/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Kerajaan disaran menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memperkasakan usaha konservasi penyu secara lebih serius, demi menyelamatkan kemandirian haiwan terancam itu.

Ketua Makmal Penyelidikan Luar Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu Dr Mohd Uzair Rusli berkata kerajaan juga perlu menyediakan peruntukan dan tenaga pakar khusus dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, universiti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan komuniti nelayan tempatan untuk menyokong usaha konservasi tersebut.

Beliau berkata sejak kebelakangan ini, kes kematian penyu semakin meningkat dan ia memberi ‘signal’ bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan lebih serius, dalam mencari jawapan sebenar yang menjadi punca kematian ini.

“Kita tidak boleh sekadar membuat kesimpulan mudah sahaja dengan pemeriksaan ringkas luaran penyu. Setiap kematian penyu perlu dibuat bedah siasat oleh pakar autopsi untuk melihat punca kematian sebenar secara saintifik.

“Selama ini hanya dua punca kematian yang kerap dilaporkan iaitu tertelan plastik dan lemas kerana terperangkap dalam pukat nelayan.

Dengan perkembangan sains sekarang, kita sebenarnya berupaya untuk mengetahui punca sebenar kematian dan menganggarkan di manakah kematian itu berlaku melalui permodelan lautan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, dua penyu Agar ditemukan mati terdampar di Pantai Batu Buruk di sini dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus, menjadikan jumlah keseluruhan kematian penyu di Terengganu ialah lima kes sejak awal bulan ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata penubuhan jawatankuasa khas itu sangat penting kerana penyu berperanan dalam mengekalkan kesihatan dan kestabilan ekosistem lautan, malah setiap spesis penyu mempunyai peranan yang tersendiri kerana diet mereka berbeza.

“Sebagai contoh, ubur-ubur adalah sebahagian diet penyu belimbing, namun disebabkan spesies itu kian berkurangan, ledakan populasi ubur-ubur berlaku dan stok ikan kita akan terjejas kerana plankton seperti telur ikan ialah makanan utama ubur-ubur.

“Ringkasnya, usaha menyelamatkan penyu ini sama pentingnya dengan usaha kita dalam memastikan kelestarian industri perikanan negara. Melihat kepada peningkatan kes kematian penyu, saya percaya ada ancaman sedang berlaku di lautan sana tetapi di luar pengetahuan kita. Penubuhan jawatankuasa ini perlu untuk meningkatkan keupayaan kita mengetahui punca sebenar kematian, bagi menghentikan ancaman ini segera,” katanya.

-Awani

Tags: jawatankuasa khasKonservasi Penyu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemain Liga-M Perlu Tingkat Imunisasi Badan

Next Post

Kerajaan Tak Perlu Bantu AirAsia

Related Posts

Kurang Bekalan, Permintaan Tinggi Faktor Harga Tomato Naik

Negeri Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas Perbaiki Enakmen Jenayah Syariah

15/02/2024
0

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri perlu menubuhkan jawatankuasa khas untuk menambah baik Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) bagi memastikan kes...

KPT Tubuh Jawatankuasa Khas Semak, Kaji Dasar Pendidikan Tinggi Nasional

KPT Tubuh Jawatankuasa Khas Semak, Kaji Dasar Pendidikan Tinggi Nasional

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Satu jawatankuasa khas sedang dibentuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang akan bertanggungjawab membuat semakan dan kajian secara...

Next Post

Kerajaan Tak Perlu Bantu AirAsia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd