• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Liga-M Perlu Tingkat Imunisasi Badan

oleh Mohd Arshad
15/01/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA pasukan Liga Malaysia (Liga-M) dinasihatkan untuk mendapatkan dos ketiga Covid-19 menjelang sepak mula musim baharu bagi mencegah penularan wabak berkenaan ketika pertandingan sedang berlangsung.

Cadangan tersebut disarankan pemerhati sukan tanah air, Mohd Sadek Mustafa yang melihat dos penggalak itu mampu meningkatkan imunisasi individu sekali gus dapat merendahkan risiko untuk dijangkiti.

Jelasnya, kejadian yang berlaku kepada Negeri Sembilan FC pada saingan Piala Malaysia tahun lalu harus dijadikan pengajaran bagi mengelakkan perjalanan Liga-Malaysia tidak terganggu yang mungkin akan membawa kepada lebih banyak masalah kepada sukan bola sepak negara.

“Dengan penularan sekarang terdapat pelbagai varian baharu ketika ini, jadi saya rasa pengambilan dos penggalak amat baik bagi meningkatkan daya tahan setiap pemain.

“Kita tidak mahu kejadian yang sama seperti yang terjadi kepada Negeri Sembilan FC tahun lepas berlaku semula yang sudah tentu akan mengganggu perjalanan liga kelak.

“Sebab kita perlu faham, pemain ini juga terdedah dengan jangkitan di luar pasukan kerana mereka tidak duduk dalam gelembung sukan,” katanya kepada Sukan Sinar.

Terdahulu pada saingan Piala Malaysia musim lepas, skuad Negeri Sembilan terpaksa menarik diri gara-gara 20 pemain dan empat pegawai dijangkiti Covid-19.

Kes jangkitan tersebut merupakan yang tertinggi pernah direkodkan oleh mana-mana pasukan Liga -M.

Dalam pada itu, Mohd Sadek memuji prosedur operasi standard yang ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sepanjang liga berlangsung sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, SOP yang ditetapkan itu tidak ada guna sekiranya semua pihak tidak berdisiplin untuk mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan oleh MFL.

“Saya lihat SOP yang diwujudkan oleh MFL ketika ini adalah yang terbaik dan kini bergantung kepada semua pihak termasuk peminat, pemain dan pihak pengurusan untuk mematuhi arahan itu.

“Jangan disebabkan kegagalan kita untuk mematuhi SOP yang ditetapkan menyebabkan penularan Covid-19 sekali gus memberi kesan kepada periuk nasi pasukan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: bola sepakImunisasi BadanLiga-M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

14/08/2025
0

TELUK INTAN: Empat lelaki dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd