• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas Perbaiki Enakmen Jenayah Syariah

oleh Mohd Arshad
15/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kurang Bekalan, Permintaan Tinggi Faktor Harga Tomato Naik
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri perlu menubuhkan jawatankuasa khas untuk menambah baik Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) bagi memastikan kes pembatalan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 tidak berulang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, penubuhan jawatankuasa khas melibatkan 13 negeri itu perlu dilaksanakan memandangkan peruntukan perundangan bagi kesalahan jenayah syariah bagi setiap negeri tidak sama.

Menurutnya, langkah itu merupakan antara pencegahan bagi melihat kembali dan memperbetulkan enakmen sedia ada supaya dapat dibuat penambahbaikan oleh jawatankuasa peringkat pusat.

“Cadangan penambahbaikan boleh dipanjangkan kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undang Islam yang ditubuhkan di peringkat Persekutuan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk dipanjangkan atau disampaikan kepada Majlis Kemajuan Islam (MKI).

“Jawatankuasa itu juga boleh memperhalusi pindaan-pindaan melibatkan berapa perkara di peringkat persekutuan yang berkaitan dengan kuasa undang-undang negeri.

“Ia juga bagi memastikan pengukuhan dalam pelaksanaan terhadap baki enakmen sedia ada,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Tambah beliau, kajian mengenai perbezaan antara jenayah mahkamah syariah dan jenayah sivil juga perlu dilakukan bagi memastikan penggubalan sesuatu enakmen berkaitan jenayah syariah lebih jelas.

“Kajian semula berkaitan kuasa DUN untuk menggubal sesuatu enakmen berkaitan jenayah syariah perlu dilakukan supaya ianya lebih jelas.

“Misalnya, suatu tafsiran lebih jelas berkenaan perkataan ‘percept of Islam’ dalam butiran 1 senarai ll – senarai negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan perlu dibuat kerana ia adalah punca kepada apa yang berlaku,” ujarnya.

Jelas beliau, Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah tidak harus bersaing antara satu sama lain sebaliknya harus melengkapi dalam segala aspek.

“Setiap undang-undang yang hendak digubal baik di peringkat persekutuan mahupun negeri wajar mengambil kira setiap aspek untuk mengelakkan pertembungan ini.

“Suatu garis jelas yang tidak meminggirkan antara keduanya perlu digarap dengan piawaian yang tinggi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu, semakan terhadap setiap undang-undang mengenai kesalahan jenayah syariah yang termaktub di dalam akta dan enakmen-enakmen setiap negeri perlu bagi memastikan kesalahan-kesalahan substanstif yang diperuntukkan harmoni,” katanya.

Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.

Panel lapan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

SinarHarian-

Tags: Enakmen Jenayah Syariahjawatankuasa khas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Pelajar Maut Ditikam: KPM Tubuh Jawatankuasa Khas

Kes Pelajar Maut Ditikam: KPM Tubuh Jawatankuasa Khas

14/10/2025
0

Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi memastikan semua aspek berhubung kes seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang...

KPT Tubuh Jawatankuasa Khas Semak, Kaji Dasar Pendidikan Tinggi Nasional

KPT Tubuh Jawatankuasa Khas Semak, Kaji Dasar Pendidikan Tinggi Nasional

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Satu jawatankuasa khas sedang dibentuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang akan bertanggungjawab membuat semakan dan kajian secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd