• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taman Sri Muda, Shah Alam Banjir Lagi

oleh Mohd Arshad
24/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Tular Taman Sri Muda di sini dilaporkan kembali dilanda banjir kilat menerusi satu hantaran dalam Twitter yang memaparkan rakaman video dekat Jalan Tokoh 25/28 berhampiran sebuah Pangsapuri Valencia.

Menerusi potongan video yang dimuat naik pengguna, Raymondasz (@jokerasya), menunjukkan air bertakung di jalan berkenaan, walau bagaimanapun masih lagi boleh dilalui kenderaan ringan.

Pengguna akaun terbabit turut memuat naik kenyataan membalas ciapan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang memaklumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi mengatasi kesan perubahan iklim di Selangor.

“Tuan, Taman Sri Muda terutamanya di Jalan Tokoh 25/28 dah mula banjir balik ni. Apa tindakan kerajaan negeri? Perlukan penyelesaian segera! Cukup2 lah!” Ciapnya pada pukul 4.11 petang tadi, https://twitter.com/jokerasya/status/1485525741089746944?t=vlzMwUMKuhdNdju-vWlU1A&s=19.

JABATAN Bomba dan Penyelamat Selangor meninjau keadaan banjir kilat yang sudah pun surut kira-kira pukul 4.50 petang di Jalan Tokoh 25/28 berhampiran sebuah Pangsapuri Valencia, Taman Sri Muda di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Ciapan dan video berdurasi 22 saat tersebut mendapat perhatian netizen apabila menerima hampir 3,000 tontonan, 144 ulang ciap, lebih 20 komen dan 60 tanda suka.

“Tempat biasa harung air,” kata Ashraf (@iskorotul).

“Wah seriuslah hujan takde lah lama sangat tapi dah naik air Pleading face ni kalau berterusan hujan seharian ni habis lah teruk balik,” komen nadyajamaludin_ (@nadyajamaludin_).

“Update dari Sri Muda. Air mulai memasuki rumah teres paras bawah betis bermula jam 3pm tadi,” maklum Jalal Misai Akaun Baru (@jllmisai).

Sementara itu seorang pengguna mendakwa tidak menerima sebarang amaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai banjir dan hujan lebat di kawasan berkenaan.

“Tiada amaran pun dikeluarkan oleh @metmalaysia tentang hujan lebat di Shah Alam?,” soal #SocialExperiment (@azrulazimi).

Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor dalam satu makluman kepada pemberita memberitahu, banjir di sana kembali surut kira-kira pukul 4.50 petang tadi.

Menerusi perkongsian gambar dan video daripada jabatan berkenaan, keadaan air di Jalan Tokoh 25/28 sudah pun surut dan punca banjir kilat berlaku dipercayai berpunca daripada longkang tersumbat di kawasan berkenaan.

Namun, akibat banjir kilat itu juga beberapa rumah turut dilaporkan dinaiki air dekat bahagian halaman.

Terdahulu, lebih 2,000 rumah di Taman Sri Muda dilaporkan tenggelam selama lima hari dalam kejadian banjir luar biasa yang melanda seluruh pada 18 Disember lalu menyebabkan lebih 6,000 penduduk terpaksa dipindahkan di lebih 20 Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Malah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam melaporkan seramai 14 orang mangsa banjir meninggal dunia ketika bencana berkenaan dan 12 daripadanya dilaporkan dari Taman Sri Muda.

-Utusan Online

Tags: BanjirShah AlamTaman Sri Muda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd