• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status FB ‘Selamat Tinggal’ : Najib Mahu Saman Fitnah

oleh AK-47
24/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan proses saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dan pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz Mohd. Muhayeddin berhubung status Facebook ‘Selamat Tinggal’.

Menurut Najib, beliau akan berbuat demikian sekiranya kedua-dua individu tersebut tidak memadam satu status yang kononnya dikeluarkannya dan memohon maaf secara terbuka pada hari ini.

“Pembantu Atuk (Dr. Mahathir) Adam Mukhriz ini akan disaman juga sebab Ahli Parlimen PH itu beri alasan dia petik posting dia dari Tweet Adam. Sukar untuk percaya bahawa pada masa Atuk sakit, mereka masih mampu mainkan fitnah sebegini hanya sebab nak politik?,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Jelas Najib, selain menafikan berbuat demikian, beliau telah mengarahkan kedua-dua individu untuk membuktikannya mengeluarkan status berkenaan.

“Lalu, mereka suruh saya tunjuk aktiviti log Facebook saya untuk buktikan saya tak post ‘Selamat Jalan’, saya tunjukkan. Tapi, mereka masih tak mahu minta maaf.

“Ada yang kata aktiviti log boleh edit. Tak mahu percaya. Pelik, aktiviti log boleh edit tapi screenshot tak boleh edit ke? Sebab itu, saya saman kedua-dua supaya peguam saya boleh tunjukkan aktiviti log original kepada mereka dalam mahkamah bagi memuaskan hati mereka.

“Sebarang pampasan yang diterima akan saya beri sebagai bantuan kepada rakyat,” katanya.

-Utusan Online

Tags: najibSaman FitnahTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

PH Ungkit 1MDB, Tapi Tak Ulas Kes Supol PMX, Skandal Mining, Mafia Korporat, Saham

PH Ungkit 1MDB, Tapi Tak Ulas Kes Supol PMX, Skandal Mining, Mafia Korporat, Saham

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Terdapat kes baharu yang sepatutnya diulas oleh Pakatan Harapan (PH) iaitu kes 'Supol PMX', 'Skandal Mining', 'Mafia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd