• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Speaker Tak Terima Surat Mohon Bubar DUN Johor

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tidak menerima sebarang surat permohonan pembubaran DUN, bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat hari ini, selepas tular di media sosial susulan sebuah portal mendakwa beliau sudah mendapat surat tersebut, sekali gus menyatakan PRN bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Tidak, makluman portal itu tidak benar,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, sebuah portal mendakwa Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, menghantar surat permohonan pembubaran DUN kepada Pejabat Speaker DUN Johor semalam.

Khabar angin mengenai PRN akan datang bertiup kencang, berikutan kematian ADUN Kempas Datuk Osman Sapian bulan lalu menjadikan kerajaan pimpinan UMNO hanya memiliki majoriti satu kerusi dalam DUN Johor.

Pada masa ini, DUN Johor diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi yang merangkumi UMNO (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan PAS (satu), manakala Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam).

-Harian Metro

Tags: DUN JohorJohorSpeakerSurat Bubar DUN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Semua sekolah di seluruh Johor akan ditutup selama dua hari pada 8 dan 9 Oktober 2026 susulan...

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd