• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggunaan Sistem RFID Berjalan Lancar

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Penggunaan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Sungai Besi, di sini, berjalan lancar dengan bantuan beberapa petugas Plus Malaysia Berhad (Plus) berada di lorong sistem berkenaan.

Tinjauan Harian Metro dari Plaza Tol Bangi, Selangor menuju ke Plaza Tol Sungai Besi, kira-kira 8 pagi tadi mendapati aliran trafik berjalan lancar.

Di Plaza Tol Bangi, terdapat empat lorong membabitkan tiga lorong Touch ‘n Go dan satu lorong RFID di kedua-dua arah dan aliran trafik di semua lorong berkenaan berjalan lancar.

Di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar, terdapat 12 lorong membabitkan sembilan lorong Touch ‘n Go , dua lorong Smart Tag dan dua lorong RFID.

Sehingga jam 8 pagi tadi, aliran trafik sehingga ke plaza tol berkenaan lancar, namun di lorong RFID dan Smart Tag bergerak perlahan menyebabkan kesesakan hampir satu meter di laluan kanan lebuh raya terbabit.

Ia susulan kesesakan lalu lintas selepas plaza tol berkenaan kerana jumlah kenderaan yang tinggi menuju ke pusat bandar.

Beberapa petugas Plus turut dilihat berada di lorong RFID dan Smart Tag bagi membantu kelancaran trafik di lorong-lorong berkenaan.

Sementara itu, aliran trafik di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Selatan pula berjalan lancar di semua lorong termasuk di lorong RFID.

Semalam, media melaporkan Plaza Tol Bandar Seri Putra, Bangi, dan Plaza Tol Sungai Besi didakwa sesak teruk kerana penggunaan RFID di kedua-dua plaza tol berkenaan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Plus mencatatkan kadar migrasi yang menggalakkan sebanyak 10 peratus transaksi sistem RFID selepas ia dilaksanakan pada 15 Januari lalu di seluruh Lebuhraya Utara-Selatan.

Plus dalam kenyataan semalam memaklumkan pihaknya menghargai maklum balas dan pandangan orang ramai terhadap isu kesesakan yang timbul di plaza tol dan sudah mengambil tindakan penambahbaikan berdasarkan maklum balas itu.

-Harian Metro

Tags: lancarplaza tolRFID
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melunaskan...

UMNO Lancar Tabung Sumbangan Bantu Najib Lunas Denda RM50 Juta

UMNO Lancar Tabung Sumbangan Bantu Najib Lunas Denda RM50 Juta

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO melancarkan kutipan Tabung Sumbangan bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melunaskan denda berjumlah RM50...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd