• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Johor Kian Menurun

oleh Mohd Arshad
08/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Jumlah mangsa banjir di Johor kian menurun kepada 3,872 orang daripada 1,090 keluarga di 56 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi.

Berbanding jam 8 malam tadi, seramai 4,233 mangsa daripada 1,191 keluarga ditempatkan di 56 PPS seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata Segamat dijangka semakin pulih apabila 1,884 orang daripada 514 keluarga kini ditempatkan di 33 PPS, pagi ini, berbanding 2,231 mangsa daripada 622 keluarga di 33 PPS, malam tadi.

Katanya, Tangkak juga menurun kepada 726 mangsa daripada 209 keluarga di 11 PPS, pagi ini, berbanding 814 mangsa daripada 230 keluarga di 12 PPS, malam tadi.

“Bagaimanapun, Muar masih menunjukkan peningkatan iaitu seramai 1,188 mangsa daripada 346 keluarga di 10 PPS, pagi ini, berbanding hanya 1,114 mangsa daripada 318 keluarga di sembilan PPS, malam tadi.

“Walaupun Batu Pahat masih mengekalkan jumlah sama pada pagi ini berbanding malam tadi, ia menunjukkan peningkatan iaitu 74 mangsa daripada 21 keluarga di dua PPS, berbanding 54 mangsa daripada 18 keluarga di sebuah PPS, jam 4 petang semalam.

“Pada masa sama, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan amaran ribut petir atau hujan lebat dijangka berlaku di Mersing, pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mengikut data Jabatan Pengairan dan Saliran Johor, lima sungai di kawasan terjejas banjir masih berada di aras bahaya.

“Sungai itu meliputi di Kampung Olak Sepam, di Muar pada aras 3.51 meter, selain Panchor, Muar (2.53 meter) dan Liang Batu, Muar (2.81 meter).

“Turut pada aras bahaya adalah sungai di Buloh Kasap, Segamat (9.93 meter) dan Kampung Labong, Mersing (3.82 meter),” katanya.

-Berita Harian

Tags: BanjirJohormangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd