• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Kembali Meningkat

oleh Mohd Arshad
07/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Seramai 4,496 mangsa daripada 1,242 keluarga masih ditempatkan di 62 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di empat daerah di negeri ini setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu menyaksikan terdapat kenaikan berbanding 3,985 mangsa pada pukul 4 petang, semalam.

Muar merekodkan pertambahan jumlah mangsa daripada 714 kepada 1,058 orang diikuti Tangkak seramai 905 mangsa dan Batu Pahat kekal 54 orang.

“Segamat masih merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi di negeri ini iaitu seramai 2,479 mangsa walaupun jumlah itu makin berkurangan ekoran keadaan yang semakin pulih.

“Ramalan kaji cuaca daripada Jabatan Meteorologi menunjukkan tiada amaran ribut petir di seluruh negara termasuk Johor hari ini manakala cuaca diramalkan cerah sepanjang hari,” katanya di sini hari ini.

Namun katanya, masih terdapat lima sungai di negeri ini yang menunjukkan aras bahaya dengan trend menurun antaranya Sungai Muar dan Sungai Gemas.

“Selain itu ketika ini masih terdapat 28 laluan yang terputus hubungan di seluruh negeri dan kita berharap rakyat akan terus mengambil langkah berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku,” katanya.

-Utusan Online

Tags: BanjirJohormangsa banjir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd