• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun, Australia Tandatangan Perjanjian Pertahanan Awasi China

oleh Mohd Arshad
06/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO: Jepun dan Australia menandatangani perjanjian memperkukuhkan hubungan pertahanan bagi menyumbang kepada kestabilan rantau ketika China mengembangkan pengaruh ketenteraan serta ekonominya.

Biarpun Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, tidak menyebut Beijing secara langsung menerusi kenyataan yang dikeluarkan sejurus majlis tandatangan itu, perjanjian terbabit dilihat sebagai tindakan menyuarakan kebimbangan terhadap China.

Malah, menjelang acara berkenaan bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida, Morrison menyifatkan perjanjian itu sebagai komitmen dua negara untuk bekerjasama dalam mendepani cabaran keselamatan strategik bagi mempertahankan kestabilan Indo-Pasifik.

“Perjanjian ini buat pertama kali menjelaskan rangka kerja dalam memperkasakan kerjasama antara dua pasukan keselamatan.
“Kerjasama ini juga mencerminkan nilai kebersamaan, komitmen ke arah demokrasi dan hak asasi manusia serta kepentingan bersama di rantau Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan berdaya tahan,” katanya.

Jepun, Australia bersama Amerika Syarikat (AS) dan India tergolong dalam kumpulan yang bekerjasama membina pakatan dalam menghadapi kehadiran pengaruh China yang semakin meningkat di seluruh Asia, termasuk ancamannya terhadap garisan sempadan perairan antarabangsa.

Penganalisis kanan Kumpulan Eurasia, Ali Wyne, berkata perjanjian terbabit berupaya memperkasa keupayaan Tokyo dan Canberra menjalankan misi serta latihan ketenteraan secara bersama di Jepun serta AS.

“Ia mengorak langkah ke arah mengukuhkan bentuk yang boleh diambil dalam kerjasama keselamatan antara Jepun dan Australia.

“China pula berkemungkinan akan menjadikannya sebagai bukti bahawa negara demokrasi perindustrian maju berusaha untuk menghalang kebangkitannya, walaupun tingkah laku Beijing sendiri dalam beberapa tahun kebelakangan ini menyumbang kepada pengasingan diplomatiknya,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perjanjian terbabit, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin, berkata Laut Pasifik amat luas untuk pembangunan bersama negara di rantau berkenaan.

“Pertukaran dan kerjasama antara negara seharusnya kondusif dalam meningkatkan persefahaman serta kepercayaan antara negara di rantau ini dalam menjaga keselamatan dan keamanan berbanding hanya menyasarkan kepentingan mana-mana pihak ketiga.

“Kami berharap Laut Pasifik yang luas ini akan menjadi perairan yang aman, bukan bertukar menjadi gelombang yang kuat,” katanya.

BHonline-

Tags: AustraliaChinajepunKetenteraan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd