KUALA LUMPUR – Pemilik akaun media sosial Lim Meng Yao menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendiriannya mengenai pelaburan China di Malaysia dahulu dan sekarang.
Menerusi hantaran di media sosial, beliau berkongsi tangkap layar laporan berita kira-kira 10 tahun lalu yang memetik kritikan Anwar terhadap pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Laporan berita itu bertajuk ‘Anwar: Cenderung kepada China petanda Najib terdesak’.
Laporan berkenaan turut menyebut bahawa Anwar menyifatkan kebergantungan berlebihan kepada China dalam ekonomi negara sebagai sesuatu yang membimbangkan.
Meng Yao turut berkongsi tangkap layar dua laporan berita terkini berhubung usaha Anwar meraih manfaat perdagangan dan pelaburan di China, termasuk pengumuman mengenai cadangan pelaburan bernilai RM9.2 bilion.
“Dulu, Anwar sendiri kritik Najib kerana projek Bandar Malaysia dan ECRL yang melibatkan China, malah menyifatkannya sebagai petanda terdesak.
“Sekarang, dia sendiri umum cadangan pelaburan RM9.2 bilion daripada syarikat China. Dulu kritik, sekarang sendiri buat,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Meng Yao


