• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Buka Semula Kedutaan Di Nicaragua

oleh Mohd Arshad
01/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANAGUA: China membuka semula kedutaannya di Nicaragua semalam, selepas beberapa minggu negara Amerika Tengah itu menukar pengiktirafan diplomatik dari Taiwan kepada Beijing.

Perubahan itu menunjukkan kemenangan politik bagi China yang mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan meningkatkan tekanan untuk mengasingkan pulau yang diperintah sendiri di pentas antarabangsa.

Pengumuman itu sekali gus menjadikan Taiwan hanya mempunyai 14 sekutu diplomatik, walaupun Taipei mengukuhkan hubungan dengan beberapa rakan tidak rasmi Barat termasuk Amerika Syarikat (AS).

Menteri Luar Nicaragua, Denis Moncada turut mengalu-alukan pembukaan kedutaan itu dan yakin kedua-dua negara mempunyai masa depan serta kejayaan dalam hubungan persaudaraan.

Perasmian kedutaan China yang baharu itu kini di bawah arahan Yu Bu, di mana majlisnya turut disertai Moncada dan pegawai lain termasuk Laureano Ortega, anak lelaki dan penasihat kepada Presiden, Daniel Ortega.

Terdahulu, China menghabiskan beberapa dekad menggalakkan sekutu diplomatik Taiwan yang semakin berkurangan untuk bertukar pihak termasuk tiga yang lain di Amerika Latin iaitu Panama, El Salvador dan Republik Dominican sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada 9 Disember lalu, pentadbiran Ortega mengumumkan bahawa Nicaragua mengikutinya.

“Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan yang sah mewakili seluruh China dan Taiwan adalah bahagian yang tidak boleh dipisahkan dari wilayah China,” kata Moncada.

Pemulihan hubungan dengan China berlaku ketika AS Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) memperhebat sekatan terhadap Nicaragua.

Ortega memenangi penggal keempat memegang jawatan pada November dalam pilihan raya di mana pesaing utamanya berada dalam penjara.

BHonline-

Tags: ChinaKedutaan ChinaNicaragua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd