• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Johor Kian Pulih

oleh Mohd Arshad
11/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun apabila 2,154 orang daripada 625 keluarga kini ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 4 petang tadi.

Berbanding jam 8 pagi tadi, seramai 2,298 mangsa daripada 660 keluarga ditempatkan di 35 PPS seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata Segamat bertambah baik apabila kini terdapat 746 mangsa daripada 203 keluarga ditempatkan di 16 PPS, petang ini.

Katanya, ia berbanding seramai 734 mangsa daripada 199 keluarga ditempatkan di 15 PPS, pagi tadi.

“Dua daerah turut sama berkurangan adalah Tangkak dengan 555 mangsa daripada 175 keluarga di sembilan PPS, petang ini, berbanding seramai 610 mangsa daripada 190 keluarga di sembilan PPS, pagi tadi.

“Muar juga menyusut kepada 772 mangsa daripada 229 keluarga di sembilan PPS, petang ini, berbanding 873 mangsa daripada 253 keluarga di 10 PPS, pagi tadi.

“Batu Pahat pula masih mengekalkan jumlah sama pada petang ini dan pagi tadi, iaitu sebanyak 81 mangsa daripada 18 keluarga di sebuah PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, Jabatan Pengairan dan Saliran Johor merekodkan hanya satu sungai yang berada pada aras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong-Muar pada bacaan 4.1 meter.

Katanya, pada masa sama, empat jalan masih ditutup bagi semua jenis kenderaan meliputi Jalan Pogoh, Segamat; Jalan Felda Bukit Aping (Jalan Kemuning 1), Kota Tinggi; Jalan Tekam-Pogoh, Muar dan Jalan Muar-Labis, Muar.

-Berita Harian

Tags: BanjirJohormangsa banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pencarum Tetap Minta RM10,000 Selepas KWSP Umum Keuntungan

Next Post

Laluan Jalan Klang-Sabak Bernam Ditutup Kepada Semua Kenderaan

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

16/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Johor yang kini muncul sebagai kuasa...

Next Post

Laluan Jalan Klang-Sabak Bernam Ditutup Kepada Semua Kenderaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd