• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azam Baki: Wajar Suruhanjaya Bebas Walau SC Beri Jawapan

oleh AK-47
19/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Satu suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan kerajaan dengan segera meskipun Suruhajaya Sekuriti (SC) tidak dapat memuktamadkan bahawa berlaku pelanggaran pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Bekas Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Dr. Edmund Terence Gomez menjelaskan, beliau terkejut dengan siasatan singkat SC itu manakala hasil rumusan berkenaan tidak boleh diterima oleh semua pihak.

Selain mencadangkan satu suruhanjaya bebas, beliau mempersoal mengapa kerajaan tidak meminta Azam untuk bercuti supaya satu siasatan menyeluruh dibuat berhubung isu berkenaan.

“SC tidak menyatakan alasan mengapa tidak dapat menentukan secara muktamad kesahihan dakwaan membabitkan Azam yang sekali gus menimbulkan persoalan.

“Mengapa semua usaha cubaan untuk memulakan terhadap dakwaan Azam tidak menghasilkan siasatan yang mendalam dan terbuka?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, SC menjelaskan bahawa isu pemilikan saham oleh Azam tidak dapat memuktamadkan mengenai pelanggaran undang-undang di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

SC membuat kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan mengenai Seksyen 25(4) SICDA berhubung akaun dagangan Azam.

Terdahulu, Azam memaklumkan bahawa akaun saham beliau digunakan oleh adiknya untuk membeli saham-saham di pasaran terbuka dengan pembiayaan sendiri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata, saham-saham yang dibeli adiknya tiada kaitan dengan siasatan SPRM dan beliau tidak mempunyai kepentingan ke atas saham-saham terbabit.

-Utusan Online

Tags: Isu Azam BakiSuruhanjaya Bebas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Panel Bebas Pantau Kes Pemilikan Saham Azam Baki

22/03/2022
0

Kuala Lumpur : Kes pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM), Tan Sri Azam Baki turut dipantau...

Siasatan Polis Ke Atas Azam Baki Masih Berterusan – Hamzah

03/03/2022
0

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan berhubung pemilikan saham oleh Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd