• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar, Mat Sabu Akan Dipanggil Beri Keterangan – Fahmi

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Beberapa pemimpin utama pembangkang termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu akan dipanggil polis untuk memberi keterangan.

Ia berhubung penyerahan memorandum mengaitkan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki di Parlimen pada 20 Januari lalu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang mengesahkan perkara ini berkata, pejabat pemimpin-pemimpin itu telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat tadi (ketika direkodkan keterangan) yang pemimpin-pemimpin ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Namun saya tidak dimaklumkan mengenai tarikh (mereka akan dipanggil),” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan berhubung perkara sama di IPD Dang Wangi, di sini, hari ini.

Selain Fahmi, Ahli Parlimen Petaling Jaya Datuk Maria Chin Abdullah turut datang memberi keterangan hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi memberitahu, antara pemimpin lain turut tersenarai akan dipanggil adalah Pengerusi Lembaga Penasihat PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

-Awani

Tags: anwarIsu Azam BakiMat Sabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Masih Tunggu Surat Anthony Loke, Zaid Ibrahim: “Hentikan Drama Ini”

PMX Anwar Masih Tunggu Surat Anthony Loke, Zaid Ibrahim: “Hentikan Drama Ini”

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menyindir perkembangan berhubung peletakan jawatan Menteri...

Setinggi Mana Pun Kedudukan, Perlu Dengar Pesan Tuan Guru, Ulama – PMX Anwar

Setinggi Mana Pun Kedudukan, Perlu Dengar Pesan Tuan Guru, Ulama – PMX Anwar

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR – “Setinggi mana pun kedudukan seseorang, kita tetap perlu merendah diri di hadapan ilmu.” Itu penegasan Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd