Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Sekolah Kendali Program Linus...

KOTA KINABALU – Pelaksanaan program Saringan Literasi dan Numerasi (Linus) di peringkat sekolah...

Bunuh Budak 3 Tahun,...

LANGKAWI - Dua suspek direman selama 7 hari bermula hari ini bagi membantu...

Perlis Eksport Harumanis Ke...

KANGAR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hanya mampu mengeksport 12 tan metrik...

Bas ‘Takut’ SPAD, Ratusan...

KUALA LUMPUR - Lebih 300 penumpang bas yang ingin pulang ke kampung halaman...

Warisan Nafi Bakal Tubuh Kerajaan Baharu

KOTA KINABALU : Parti Warisan (Warisan) menafikan dakwaan akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN)/UMNO bagi menubuhkan kerajaan baharu di Sabah.

Ketua Penerangan Warisan, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari berkata, tiada sebarang rundingan mahupun perbincangan dilakukan dengan mana-mana parti untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini banyak yang melontarkan pandangan bahawa Warisan bakal menggantikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dikatakan akan tumbang pada bila-bila masa.

“Itu hanya andaian portal tertentu namun, saya ingin tegaskan di sini bahawa Warisan tidak ada berunding atau berbincang dengan mana-mana parti politik termasuk UMNO untuk menubuhkan kerajaan Sabah yang baharu.

“Parti Warisan adalah parti pembangkang yang fokus dalam perjuangan untuk kebaikan rakyat Sabah dan Malaysia iaitu meletakkan fungsi kerajaan ke landasan yang betul dan mematuhi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan menghapuskan rasuah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Sah, Warisan komited dalam perjuangan ini dan akan berkerja keras agar rakyat memahami dan menyokong perjuangan Warisan.

Pada Rabu, sebuah portal melaporkan terdapat desas-desus yang menyatakan BN akan bekerjasama dengan Warisan untuk membentuk kerajaan baharu di Sabah.


Laporan itu juga menyebut kedua-dua pihak sedang menentukan calon Ketua Menteri yang baharu antara Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada BN mahupun Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal daripada Warisan.

Bagi membentuk kerajaan, gabungan Warisan-BN memerlukan sekurang-kurangnya 37 kerusi daripada keseluruhan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Ketika ini, UMNO mempunyai 14 kerusi manakala, Warisan mempunyai 19 kerusi. Secara keseluruhan, kerajaan GRS mempunyai 50 kerusi termasuk enam ADUN Dilantik dan pembangkang pula mempunyai 28 kerusi.

Kerusi DUN Bugaya masih kosong selepas penyandangnya, Manis Muka Mohd. Darah meninggal dunia pada 17 November tahun lalu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori