• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Baharu Akan Semak Semula Kadar Cukai, Syarat Bebankan Peniaga – Jalaluddin

oleh Mynewshub
20/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Baharu Akan Semak Semula Kadar Cukai, Syarat Bebankan Peniaga – Jalaluddin
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan memperkenalkan satu formula drastik bagi membantu peniaga yang dibelenggu pelbagai cukai dan syarat baharu sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada 1 Ogos ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, BN sebelum ini membantah tindakan kerajaan negeri mengenakan cukai kepada peniaga di kawasan bandar dan luar bandar, termasuk memperkenalkan syarat baharu yang disifatkan membebankan golongan berkenaan.

“Saya faham keadaan sekarang sukar. Kita dihimpit dengan ekonomi yang tidak menentu, tetapi kerajaan pula mengenakan pelbagai cukai kepada peniaga di bandar dan luar bandar, selain memperkenalkan syarat-syarat baharu yang menyusahkan mereka.

“Perkara ini tidak mendapat persetujuan wakil-wakil BN ketika kita bersama dalam kerajaan dahulu. Namun kuasa eksekutif berada di tangan kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Harapan (PH)

“Insya-Allah, jika diberi mandat, kita akan mengemukakan satu formula yang drastik untuk membantu semula semua peniaga supaya mereka tidak lagi dihimpit dengan pelbagai bentuk cukai dan syarat baharu dalam menjalankan perniagaan,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera BN DUN Pertang, malam tadi.

Jalaluddin turut memberi jaminan isu Lesen Pendudukan Sementara (LPS) serta kadar bayaran LPS yang didakwa meningkat mendadak akan dikaji semula jika BN Negeri Sembilan berjaya membentuk kerajaan negeri bersama Perikatan Nasional (PN)

“Walaupun hasil itu masuk ke kantung kerajaan negeri, saya berpendapat tidak wajar rakyat disusahkan semata-mata untuk menambah pendapatan kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Negeri Sembilan memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh serta mewakili semua kaum termasuk Melayu, Cina, India dan masyarakat Orang Asli demi menjamin kestabilan serta kemakmuran negeri.

Katanya, keutamaan kerajaan bukan sekadar mentadbir negeri, sebaliknya memperkukuh tadbir urus supaya rakyat benar-benar menikmati manfaat daripada dasar yang dilaksanakan.

“Mengurus dan mentadbir kerajaan negeri bukan perkara main-main. Aspek pembangunan, pendidikan dan kebajikan semua masyarakat mesti dijadikan keutamaan apabila diberi mandat oleh rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi Negeri Sembilan memberikan mandat penuh kepada gabungan BN dan PN pada Pilihan Raya
Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini.

Jalaluddin turut mengulangi pendiriannya bahawa penyokong BN perlu memberikan sokongan kepada semua calon PN, manakala penyokong PN pula diminta membantu memastikan kemenangan calon-calon BN di seluruh Negeri Sembilan.

“Kita orang Negeri Sembilan. Ini negeri kita. Saya akan berlaku adil kepada semua masyarakat. Kita adalah satu keluarga yang besar,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: bebankan peniagaBN-PNDatuk Seri Jalaluddin Aliasformula drastikkadar cukaiKerajaan BaharuPengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri SembilanPRN Negeri SembilanSemak Semulasyarat baharu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Kepada Allah SWT Kita Berserah” – PMX Anwar

“Kepada Allah SWT Kita Berserah” – PMX Anwar

20/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis ayat 'Kepada Allah SWT kita berserah' dalam hantaran beliau memohon...

PRN Negeri Sembilan: PN Beri Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Kepada Jalaluddin

PRN Negeri Sembilan: PN Beri Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Kepada Jalaluddin

20/07/2026
0

JELEBU - Perikatan Nasional (PN) memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon Barisan Nasional (BN) termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd