• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Rasa Gegaran Gempa Bumi

oleh Mohd Arshad
30/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU: Beberapa kawasan di sini dikejutkan dengan gegaran akibat gempa bumi lemah bermagnitud 4.3 pada skala Richter yang melanda Tarakan, Indonesia, jam 2.09 pagi hari ini.

Penduduk Kampung Titingan Blok 5, Yusri Yahya, 49, berkata seluruh keluarganya seramai 10 orang terjaga daripada tidur selepas rumahnya tiba-tiba bergegar beberapa saat.

“Kami sekeluarga terus keluar rumah kerana takut dan di luar, jiran-jiran pun keluar rumah, masing-masing terkejut dengan gegaran itu.

“Selepas rasa semuanya selamat baru kami semua masuk semula ke rumah,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, kejadian seumpama itu kali pertama berlaku iaitu gegaran begitu kuat sehingga rumah turut dirasakan bergoyang, namun beliau bersyukur kerana tiada sebarang kerosakan dan keluarganya selamat.

Sementara itu, penduduk Rancangan Kampung Ranggu, Aminah Parok, 57, berkata beliau turut terasa gegaran selama lima saat ketika sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya.

“Saya biasa tidur lewat dan pada 2.10 pagi tadi sewaktu menonton televisyen, tiba-tiba terasa gegaran kecil dan zink atap berbunyi seperti direntap, tetapi waktu itu saya tidak fikir apa-apa dan saya terus menutup televisyen dan masuk bilik untuk tidur.

“Pagi ini ketika melihat Facebook, terbaca maklumat mengenai gempa bumi lemah berlaku di Tarakan, Indonesia awal pagi tadi,” katanya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Tawau ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sehingga kini tidak menerima sebarang panggilan kecemasan mengenai gegaran berkaitan gempa bumi berkenaan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, pusat gempa itu terletak 79 kilometer barat daya dari Tawau, Sabah.

BHonline-

Tags: gempa bumiIndonesiaMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  CARACAS – Venezuela dilanda dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 dalam tempoh hanya 39 saat,...

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd