• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Siasatan Kes Buli MRSM Muar Di Bukit Aman

oleh Mohd Arshad
31/12/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kertas siasatan kejadian buli membabitkan lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar baru-baru ini, kini berada di Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, setakat ini masih tiada sebarang tindakan pertuduhan dikenakan terhadap lima pelajar tingkatan empat itu selepas tamat tempoh reman dan pihaknya masih menunggu arahan Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

“Kes yang berlaku di MRSM itu, semua pelajar tersebut sudah ditangkap dan direman tiga hari. Siasatan sudah lengkap dan kita telah rujuk kertas siasatan itu kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan IPK telah rujuk kepada Bukit Aman. Kini masih menunggu keputusan daripada Bukit Aman.

“Kes ini dirujuk ke Bukit Aman kerana ia merupakan kes berkepentingan awam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor di IPK Johor yang turut dihadiri Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay di sini pada Jumaat.

Zaharudin berkata, setakat ini, siasatan dijalankan hanya melibatkan lima pelajar berkenaan dan tiada individu lain.

“Lima pelajar tersebut merupakan wakil pelajar yang dilantik pihak sekolah dan berdasarkan siasatan, kejadian dipercayai berpunca akibat ketidakpuasan hati antara kelima-lima pelajar itu terhadap mangsa.

“Ketika ini saya tidak dapat mengesahkan tindakan yang diambil pihak sekolah terhadap mereka kerana sekolah sedang bercuti. Untuk tahu perkembangan sama ada tindakan disiplin dan sebagainya dikenakan, kita lihat apabila sekolah dibuka semula nanti,” katanya.

Kelima-lima pelajar lelaki berumur 16 tahun itu direman tiga hari bermula 16 hingga 18 Disember lepas oleh Mahkamah Majistret Muar bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Pada 15 Disember, kesemua mereka dilaporkan ditahan di sekitar Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru selepas disyaki terlibat dalam kes buli seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami bengkak pada rusuk kiri.

-Sinar Harian

Tags: Bukit AmanKes Buli MRSMMRSM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd