• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jangan Salahkan Anggota Keselamatan’ – Najib

oleh Mohd Arshad
21/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memohon orang ramai agar bersabar dan tidak menyalahkan anggota keselamatan selepas timbul dakwaan sesetengah pihak yang melemparkan kecaman terhadap golongan itu dalam waktu bencana banjir.

Beliau berkata, pihaknya kagum dengan kesungguhan rakyat negara ini dalam membantu satu sama lain ketika berlakunya bencana.

“Semangat ini bukan pertama kali dipamerkan kita semua. Tiada siapa boleh nafikan kesungguhan dan semangat rakyat Malaysia ini dalam aktiviti sukarelawan. Saya puji semangat anda!

“Apabila saya turun bersama pasukan saya untuk hantar bantuan, saya terserempak dengan ramai rakyat yang turun membawa segala jenis barangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Kaya pahala rakyat Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Bagaimanapun, Najib berkata, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak melupakan pengorbanan semua anggota penyelamat yang bertungkus lumus sejak Jumaat lalu.

Katanya, ini kerana terdapat beberapa anggota di kawasan terjejas yang belum pulang ke rumah lagi sejak Jumaat lalu demi tugas, masih mampu tersenyum dan menggalas tugas serta amanah.

“Saya tahu ada yang marah marah dan mendakwa anggota keselamatan kita lewat tiba. Kita perlu faham, banjir kali ini serentak berlaku.

“Contohnya di Selangor, di banyak kawasan penduduk maka kerahan anggota dan aset perlu diagihkan dan pasti akan berlaku kelewatan.

“Kita perlu ambil kira pergerakan mereka yang terpaksa menempuh jalan putus, tanah runtuh dan sebagainya, namun mereka tetap berusaha untuk tiba di kawasan terjejas.

“Saya diberitahu ada yang turut menengking anggota keselamatan ini. Saya harap anda semua bersabar kerana mereka sedang melakukan yang terbaik dengan kemampuan paling tinggi.

“Ucapkan terima kasih pada mereka kerana anggota keselamatan ini sedang melakukan yang terbaik untuk kita semua. Itu sahaja yang saya pohon dari anda,” jelasnya.

-Utusan Online 

Tags: Banjirnajib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Geli Hati Video PH ‘Temu Bual’ Penduduk, Dakwa Nampak Berlakon

Netizen Geli Hati Video PH ‘Temu Bual’ Penduduk, Dakwa Nampak Berlakon

22/07/2026
0

SEREMBAN – Satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial memaparkan sesi temu bual seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH)...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd