• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Penjara Perjelas Isu Penghuni Penjara Cuci Kereta

oleh Mohd Arshad
12/12/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Jabatan Penjara menjelaskan pihaknya menggunakan khidmat penghuni penjara untuk mencuci kereta orang awam dengan kadar bayaran berpatutan dan berkualiti.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Jabatan Penjara memaklumkan, perkhidmatan itu dibuka kepada orang awam dan penghuni penjara terlibat dilatih serta diberi kemahiran dalam program pemulihan luar penjara yang dikenali sebagai Banduan Kerja Luar Penjara (BKLP).

“Setiap penghuni menerima upah atau gaji hasil daripada pekerjaan yang dilakukan.

“Program BKLP melibatkan penghuni penjara yang telah menjalani saringan ujian fizikal dan mental tertentu sehingga layak diberi pelepasan untuk menjalani BKLP dengan pemantauan anggota penjara.

“Kebanyakan institusi menawarkan perkhidmatan mencuci kenderaan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Semalam, tular seorang penjawat awam yang dikatakan menyiarkan gambar dalam Facebook mengenai seorang penghuni penjara mencuci kereta miliknya.

Menerusi status media sosial tersebut, pegawai penjara berkenaan didakwa menyuruh tahanan membuat sesuatu untuk kepentingan peribadinya.

Menurut kenyataan itu, masyarakat atau komuniti setempat yang berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dialu-alukan untuk berhubung dengan penjara berdekatan.

“Dengan menggunakan perkhidmatan ditawarkan, ini menandakan sokongan masyarakat dan komuniti setempat terhadap program pemulihan Jabatan Penjara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan kerjaya kepada penghuni apabila dibebaskan,” katanya.

BACA – 18 Pegawai Rendah Polis Johor Dibuang Kerja – Ayob Khan

Tags: Penjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd