• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kes Omicron Libatkan Jemaah Umrah Dari Johor

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua kes Omicron melibatkan pasangan suami isteri jemaah umrah yang tiba dari Arab Saudi di negeri ini dilaporkan pada Sabtu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, pasangan suami isteri itu menunaikan umrah pada 4 Disember dan pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) pada 16 Disember lalu.

Bagaimanapun, ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) di pintu masuk antarabangsa pada 18 Disember mendapati mereka positif varian itu.

“Sampel PCR sebelum itu dihantar ke Institue Of Medical Research (IMR) bagi menjalani proses jujukan genom,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

“Pasangan suami isteri itu kini sedang menjalani isolasi di rumah mereka di Johor Bahru dan kesemua kontak rapat juga telah dikenalpasti selain diberikan arahan pengasingan dan pemerhatian di rumah.

Vidyananthan mengingatkan semua rakyat Johor yang pulang dari luar negara khususnya dari umrah mematuhi arahan kuarantin wajib yang diberikan.

“Kegagalan mematuhi arahan terbabit akan menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 termasuk varian Omicron dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti,” katanya.

Pada Sabtu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan mengesan 49 kes baharu varian Omicron di Malaysia sehingga semalam.

-Sinar Harian

Tags: Covid-19jemaah umrahJohorvarian omicron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor kini sedang melangkah ke hadapan sebagai pusat pertumbuhan serantau yang semakin mendapat perhatian dunia selepas hampir...

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd