• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: ATM Atur Gerak Anggota Dan Aset Bantu Mangsa Terjejas

oleh Mohd Arshad
18/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mula diatur gerak bagi membantu operasi banjir khususnya di kawasan yang terjejas teruk, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam kenyataan di Facebooknya lewat malam ini, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, langkah itu diambil susulan situasi banjir di beberapa negeri semakin membimbangkan.

Beliau berkata, antara yang telah berada di lapangan ialah anggota dan aset daripada 11 Briged dan 12 Briged bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor, khususnya di Klang, Sepang, Damansara dan Bukit Lanchong.

“ATM juga siap siaga memperluaskan operasi bantuan di kawasan-kawasan yang lain yang berpotensi terjejas teruk. ATM dan rakyat berpisah tiada, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

“Kepada orang ramai, pastikan sentiasa berwaspada dan jaga keselamatan diri serta ahli keluarga.

Jauhi tempat dilanda banjir, pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah dan jaga SOP semasa berada di PPS.

Sama-samalah kita doakan semoga situasi banjir ini segera pulih,” katanya lagi.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam perkongsian terbaharu di Twitternya berkata, beliau telah menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memohon bantuan aset Persekutuan.

Dalam masa sama, Amirudin turut menghubungi Hishammuddin memohon agar aset dan anggota keselamatan dapat digerakkan untuk tujuan proses pemindahan dan menyelamatkan mangsa banjir.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, semua kementerian berkaitan telah diarahkan untuk menggerakkan semua aset di kawasan yang terjejas dengan banjir.

Dalam catatan terbaharu di Facebook malam ini, Perdana Menteri berkata, tindakan itu bagi memastikan rakyat diselamatkan dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara dengan segera.

Menurut Ismail Sabri, tindakan itu diambil selepas beliau mendengar taklimat daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengenai keadaan banjir yang melanda beberapa negeri ekoran hujan lebat secara berterusan, pada Jumaat.

Awani-

Tags: ATMBanjirbantuan aset persekutuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd