• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Varian Omicron: Peralihan Ke Fasa Endemik Ditangguh Seketika

oleh Mohd Arshad
30/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha peralihan ke fasa endemik ditangguh seketika sehingga kerajaan mengetahui lebih lanjut mengenai varian baharu Covid-19, Omicron, yang lebih mudah merebak berbanding Delta.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata setakat ini, kerajaan mengambil maklum varian itu bukan sahaja telah menular di selatan benua Afrika, tetapi juga di beberapa buah negara antaranya, Itali, Denmark, Australia, United Kingdom, Belgium dan Hong Kong.

“Walaupun sehingga hari ini kita tidak dengar kes di negara kita, tetapi tindakan berhati-hati terus dilaksanakan.

“Kita bimbang semua yang telah kita rancangkan sebelum ini, kita telah umumkan kelonggaran SOP (prosedur operasi standard), tujuh asas yang kita harap dapat diumumkan dalam masa terdekat dalam fasa endemik, semua ini mungkin terjejas kalau sekiranya kita tidak dapat pantau secara lebih dekat penularan Omicron dan bagaimana kita dapat tanganinya,”katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 di Parlimen hari ini.

Kerajaan sebelum ini menetapkan tujuh indikator utama yang perlu dicapai sebelum Kementerian Kesihatan (KKM) boleh mengisytiharkan Malaysia memasuki fasa endemik, sekali gus bersedia untuk hidup bersama virus Covid-19.

Ia termasuk berkenaan jumlah penggunaan katil hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC); kapasiti ujian di makmal dan kadar positif Covid-19.

Hishammuddin berkata KKM juga sedang mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai tempoh inkubasi, gejala dan kebolehjangkitan varian Omicron dan akan mengumumkan perkara tersebut tidak lama lagi.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan akan mengenakan kawalan sempadan antarabangsa yang lebih ketat ke atas negara-negara yang telah melaporkan penyebaran varian Omicron.

Mengulas mengenai gesaan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa agar sekatan perjalanan ke atas negara itu dibatalkan, Hishammuddin berkata keputusan untuk menyekat adalah berlandaskan risiko keselamatan dan nasihat daripada KKM.

“Apa yang diputuskan oleh KKM tidak jauh dengan apa yang diumumkan oleh negara-negara lain di luar sana, saya percaya negara Afrika faham dia (sekatan) bukan berhubung kait dengan diplomasi atau geopolitik tetapi soal kesihatan.

“Takkan kita nak jejaskan apa yang kita dah lakukan selama satu setengah tahun ini dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab,”katanya.

Cyril Ramaphosa semalam menggesa negara terlibat supaya segera membatalkan larangan perjalanan ke negara itu yang dianggapnya tidak wajar secara saintifik kerana dikaitkan dengan penemuan varian Omicron.

Sementara itu, mengulas mengenai risiko pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura melalui Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) ekoran penularan varian baharu itu, Hishammuddin meminta semua pihak untuk sentiasa berwaspada bagi mengelak penularan Omicron di negara ini.

“Mesyuarat Kuartet mengambil maklum perbincangan kedua-dua Perdana Menteri (Malaysia dan Singapura) berhubung kait dengan kemungkinan destinasi lain yang berpotensi (dilaksana VTL) seperti Singapura ke Pulau Pinang, Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu.

“Saya dah minta semua pihak untuk terus memikirkan dan berbincang dengan pihak negara berkenaan tetapi kita tidak akan buat keputusan sehingga kita tahu kesan dan impak sebenar varian baharu ini,” katanya.

– Bernama

BACA – Omicron Lebih Mudah Menjangkiti Berbanding Delta – Khairy

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: varian omicron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

24/09/2022
0

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal terhadap imunisasi dinamakan BF.7, lapor akhbar...

Singapura Lapor Tiga Kes Varian Omicron BA.4, BA.5

16/05/2022
0

SINGAPURA - Singapura pada Isnin merekodkan kes Covid-19 jangkitan tempatan melibatkan dua kes varian BA.4, dan satu kes varian BA.5,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd