Sample Page Title

SINGAPURA – Singapura pada Isnin merekodkan kes Covid-19 jangkitan tempatan melibatkan dua kes varian BA.4, dan satu kes varian BA.5, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

“Ini adalah kes komuniti pertama yang disahkan membabitkan varian BA.4 dan BA.5,” memetik laman sesawang MOH.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah baru-baru ini mengklasifikasikannya sebagai Varian Membimbangkan (VOC).

Varian BA.4 dan BA.5 dikesan melalui ujian terhadap sampel positif tindak balas rantai polimerase (PCR) serta disahkan melalui penjujukan genom (WGS).

“Semua kes sama ada tanpa gejala atau mempunyai simptom ringan seperti demam, batuk, hidung berair dan sakit tekak; dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital.

“Mereka telah lengkap divaksinasi, dan menerima dos penggalak mereka,” menurut kenyataan itu.


Ketiga-tiga kes telah menjalani kuarantin kendiri setelah diuji positif Covid-19.

Varian BA.4 dan BA.5 pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan pada awal 2022 dan sejak itu menjadi varian dominan.

Kedua-dua varian mengandungi mutasi spike protein dan dilihat menjejaskan sistem imun dan kadar keberjangkitan lebih tinggi berbanding BA.1 dan BA.2 yang menyebabkan gelombang Omicron awal tahun ini.

Memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekurang-kurangnya 1,000 kes BA.4 dan BA.5 telah dilaporkan di sekurang-kurangnya 16 negara setakat 11 Mei 2022.

“Kami akan meningkatkan pengawasan dan terus memantau penularan BA.4 dan BA.5 di Singapura,” tambah kementerian itu.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Segerakan Perolehan MRSS: Yazid

LUMUT - Perolehan dua kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) yang dijangka diterima pada 2024...

PM Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Di Istana Negara

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis...

Hukuman Penjara Farid Kamil Diketepikan

Putrajaya : Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan...

SPRM Digesa Siasat Salah Guna Kuasa, Rasuah Kerajaan PAS

KUALA TERENGGANU : UMNO Terengganu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap...

Hadi Nafi Pernah Tuduh Anwar Jadi Ejen Israel

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, pada malam tadi menegaskan dia tidak pernah menuduh Perdana...

Tubuh RCI Siasat Perbelanjaan RM600b Ketika Pentadbiran Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat perbelanjaan hampir RM600...

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...