• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

oleh Mohd Arshad
24/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal terhadap imunisasi dinamakan BF.7, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Digelar sebagai ‘benih Omicron’, pakar-pakar memberi amaran varian baharu itu merebak dengan pantas dan boleh menjadi dominan dalam masa beberapa minggu lagi.

Di Eropah, Belgium menyaksikan sebahagian besar jangkitan dengan BF.7 membentuk 25 peratus daripada kes Omicron yang dilaporkan.

Ia diikuti oleh Jerman dan Perancis masing-masing sebanyak 10 peratus, demikian menurut pusat data Covid-19 yang dikemas kini setiap hari oleh penyumbang dari universiti di Britain dan Australia.

Naib Pengerusi Perubatan bahagian integriti data dan analisis Jabatan Perubatan Universiti Johns Hopkins, Dr Stuart Ray memberitahu, sub-varian itu mempunyai perubahan dalam protein ‘spike’.

“BF.7 juga mempunyai perubahan dalam jujukan nukleotida yang boleh menyebabkan ia berkelakuan berbeza daripada sub-varian lain. Namun, sejauh mana ia akan bermutasi adalah persoalan yang masih menjadi tanda tanya,” jelas Ray.

Oleh kerana varian BF.7 baharu adalah serupa dengan Omicron, tanda amaran awal jangkitan adalah lebih kurang serupa iaitu batuk, sakit tekak, keletihan melampau dan hidung tersumbat.

Kosmo-

Tags: Covid-19varian baharuvarian omicron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd