• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOP PRN Sarawak Dimuktamadkan 30 November Ini

oleh Mohd Arshad
26/11/2021
dalam Gaya Hidup, Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19 khusus bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 akan dimuktamadkan pada hujung bulan ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah diadakan tengah hari tadi mengenai pelaksanaan SOP berkenaan, dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Aaron Ago Dagang telah ditugaskan menyelaras perkara itu dengan kerajaan Sarawak.

“Ada beberapa perkara perlu diperhalusi, saya telah memberi masa sehingga 30 Nov ini untuk dimuktamadkan dan kemudian ia akan diusulkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan pada Khamis.

SPR menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-12 dan hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember manakala hari pengundian awal pada 14 Disember

Sementara itu berkenaan isu Gerakan Hartal Doktor Kontrak yang dijangka memulakan siri mogok kedua di seluruh negara berkaitan masalah lantikan tetap, Khairy berkata, pihaknya akan mengemukakan satu memorandum kepada Jemaah Menteri bagi mencari penyelesaian jangka masa panjang berkenaan isu itu dalam masa terdekat.

Baru-baru ini beberapa media melaporkan pergerakan Hartal Doktor Kontrak akan mengadakan satu mogok selepas mendakwa Bajet 2022 tidak menyelesaikan masalah doktor kontrak.

-Sinar Harian

Tags: Khairy JamaluddinPRN SarawakSOP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

04/09/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan masih belum menerima sebarang surat rayuan daripada bekas Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd