• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asyraf Wajdi Minta Mara Semak SOP Bawa Pelajar Ke Klinik

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Asyraf Wajdi Minta Mara Semak SOP Bawa Pelajar Ke Klinik
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta pengurusan Mara untuk menyemak
Prosedur Operasi Standard (SOP) membawa pelajar ke klinik.

Menurutnya, beliau mahu semakan dilakukan supaya insiden dua pelajar perempuan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka hilang beberapa hari sebelum ditemui di ibu negara berulang.

“Apapun faktor yang mendorong dua pelajar MRSM Alor Gajah ‘hilang’ 4 hari, saya telah minta pengurusan Mara untuk semak SOP bawa pelajar ke klinik agar tiada lagi insiden serupa berulang masa akan datang.

“Siasatan penuh mesti dibuat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Asyraf Wajdi dalam hantaran berasingan memaklumkan dua pelajar yang dilaporkan hilang tersebut berjaya ditemui di sekitar Central Market Kuala Lumpur pukul 10.31 malam tadi oleh pihak polis Bukit Aman.

“Alhamdulillah, pihak Polis Bukit Aman telah berjaya menemui kedua-dua pelajar MRSM Alor Gajah Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad yang dilaporkan hilang sejak Selasa di sekitar Central Market Kuala Lumpur pukul 10.31 malam tadi,” katanya.

Polis sebelum ini meminta bantuan orang ramai mengesan dua pelajar Tingkatan Empat berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Alor Gajah sejak 11 Ogos lalu.

Pihak polis menerima laporan dibuat oleh guru mengenai kehilangan kedua-dua remaja terbabit pada pukul 10.46 malam, 11 Ogos lalu. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Tags: bawa pelajar ke klinikDatuk Dr Asyraf Wajdi DusukiPengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara)Prosedur Operasi StandardsemakSOP
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Hospital Mara Bukan Perkauman – Asyraf Wajdi

Hospital Mara Bukan Perkauman – Asyraf Wajdi

01/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan pihak tertentu mengaitkan cadangan mewujudkan...

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd