Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penyokong Saiful Bukhari Pesan...

Hari kelima prosiding kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari...

Inisiatif VTL Mampu Pulihkan...

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah perlu melakukan penelitian dan sekali gus...

Disney Tutup 2018 Dengan...

LOS ANGELES - Walt Disney Studios menutup tahun 2018 dengan memperoleh pendapatan lebih...

Kementerian Pendidikan Rangka Peraturan...

KUALA NERANG - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama sedang...

PRN Sarawak: Tarikh Pengundian 18 Dis, Penamaan Calon 6 Dis

KUCHING : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Dis sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Dis manakala hari pengundian awal ialah pada 14 Dis.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 6 Dis, iaitu hari Isnin, sehingga jam 11.59 malam 17 Disember.

Abdul Ghani mengumumkan tarikh-tarikh penting berhubung PRN Sarawak itu pada satu sidang media di sini, hari ini, selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Berkaitan Urusan Pilihan Raya Umum DUN Sarawak.

Seramai 1.26 juta individu layak mengundi pada PRN Sarawak ke-12 berdasarkan senarai pengundi pengundi yang dikemas kini pada 3 Okt lalu.


Pada 3 Nov lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori