• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi DAP Melaka Letak Jawatan

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Tidak sampai 24 jam keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak menyebelahi Pakatan Harapan (PH), Datuk Tey Kok Kiew mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Kok Kiew, beliau mengambil rasa tanggungjawab dengan kekalahan DAP terhadap separuh daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dalam pilihan raya itu.

Beliau juga memohon maaf terhadap kegagalan PH untuk membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun Kok Kiew memaklumkan beliau kekal sebagai ahli DAP.

“Kita bukan sahaja gagal membentuk kerajaan negeri yang baharu, malah lapan kerusi yang kita menangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berkurangan.

“Ini adalah keputusan peribadi saya. Saya ingin memohon maaf kepada ahli DAP, rakan sekutu PH dan penyokong kami kerana gagal mencapai sasaran kami.

“Sebagai ketua negeri mesti bertanggungjawab sepenuhnya. Maka dengan ini mengumumkan saya meletakkan jawatan sebagai ketua negeri berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Keputusan PRN Melaka semalam menyaksikan DAP hanya menang empat kerusi berbanding lapan DUN ketika PRU-14 sekali gus memberi tamparan hebat kepada parti itu.

Malah Kok Kiew turut kalah di DUN Bemban apabila kerusi itu dimenangi oleh calon Perikatan Nasional (PN).

-Utusan Online

Tags: DAPletak jawatanPRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

Pemimpin PAS Beri Bayangan Perpaduan Ummah Bakal Direalisasikan Pada PRN Melaka

Pemimpin PAS Beri Bayangan Perpaduan Ummah Bakal Direalisasikan Pada PRN Melaka

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari memberi bayangan bahawa agenda perpaduan ummah bakal direalisasikan dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd