• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seruan Perpaduan Umat Dalam Politik Islam Antara Pahala Terbesar PRN Melaka – Nik Abduh

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Seruan Perpaduan Umat Dalam Politik Islam Antara Pahala Terbesar PRN Melaka – Nik Abduh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan seruan ke arah perpaduan umat dalam politik Islam sebagai antara pahala terbesar yang boleh diperoleh menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Nik Abduh yang juga Ahli Dewan Negara berkata demikian menerusi satu hantaran ringkas di media sosial yang menekankan kepentingan memperkukuh hubungan dan kesinambungan perpaduan politik.

“Antara pahala terbesar di PRN Melaka adalah seruan kepada perpaduan umat dalam politik Islam. Tinggikan dan sambungkan talian itu,” katanya.

Kenyataan anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu hadir ketika Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi menjalinkan kerjasama politik bagi menghadapi PRN Melaka.

Pada 28 Oktober lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan PAS serta rakan-rakan dalam PN bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, kerjasama itu turut melibatkan penyatuan jentera pilihan raya dan sokongan penuh kepada calon kedua-dua gabungan.

Kerjasama berkenaan diperkukuh apabila BN dan PN melancarkan manifesto bersama pada 6 November lalu, bertemakan Membina Masa Depan Melaka, Memakmurkan Negara.

Manifesto itu menggariskan enam teras utama dengan 113 inisiatif meliputi kebajikan rakyat, kos sara hidup, perumahan, pendidikan, peluang pekerjaan serta pembangunan ekonomi negeri.

Antara tawarannya termasuk bekalan air percuma bagi penggunaan domestik di bawah 20 meter padu sebulan, pembinaan 25,000 rumah mampu milik dan sasaran menarik pelaburan sehingga RM30 bilion.

Bagi PRN Melaka kali ini, BN bertanding di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN diberikan lima kerusi daripada keseluruhan 28 kerusi yang dipertandingkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 10 November sebagai hari pengundian awal, manakala pengundian biasa berlangsung pada 14 November ini. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Nik Mohamad Abduh

Tags: AntaraDalam Politik IslamNik AbduhPahala TerbesarPerpaduan UmatPRN Melakaseruan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Gusar Bantu Najib, Kita BerPMkan Bekas Banduan Beberapa Kali – Nik Abduh

Jangan Gusar Bantu Najib, Kita BerPMkan Bekas Banduan Beberapa Kali – Nik Abduh

09/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berpandangan tidak perlu gusar untuk membantu bekas Perdana...

Sebarang Usaha Memudahkan Kesukaran Najib Mendapatkan Haknya Dianggap Berpahala – Nik Abduh

Sebarang Usaha Memudahkan Kesukaran Najib Mendapatkan Haknya Dianggap Berpahala – Nik Abduh

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berpandangan bahawa umat Islam yang membantu membayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd