• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Saman Addy Kanna, Dakwa Cukai Tertunggak RM1.4 Juta

oleh Mohd Arshad
02/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengheret seorang ahli perniagaan yang sebelum ini ditahan atas tuduhan berkaitan perjudian dalam talian, atas dakwaan memiliki tunggakan cukai sebanyak RM1.4 juta.

Kerajaan menerusi LHDN memfailkan writ saman terhadap Zaidi Kanapiah, atau lebih dikenali sebagai Addy Kanna, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Pada 1 Disember 2020, Zaidi dan seorang lagi ahli perniagaan, Goh Leong Yeong, juga dikenali sebagai Alvin Goh, ditahan selama dua tahun di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) kerana didakwa terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian.

Mynewshub

Bagaimanapun pada 27 April lalu, Mahkamah Persekutuan dilaporkan membenarkan permohonan Zaidi agar dibebaskan daripada tahanan itu.

Minggu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan memfailkan saman pelucuthakan sebanyak RM517,000 terhadap Goh, isteri Zaidi iaitu Alyaa Syuhaila Mohamad Shariff, dan tiga syarikat.

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Menurut salinan pernyataan tuntutan yang dilihat Malaysiakini, kerajaan menuntut cukai dan penalti berjumlah RM1,427,915.45 untuk tahun taksiran 2018 dan 2019.

Kerajaan yang merupakan plaintif mendakwa ahli perniagaan itu gagal memfailkan Borang Nyata Pendapatan untuk tahun taksiran 2019 sebelum 30 Jun tahun lalu.

Menurut kerajaan, LHDN kemudian menghantar notis taksiran kepadanya bagi menuntut RM918,079.23 untuk tahun taksiran 2019.

LHDN juga mengenakan taksiran tambahan sebanyak RM380,025.73 kepada Zaidi bagi tahun 2018.

Kerajaan mendakwa notis taksiran untuk dua tahun itu – yang bertarikh 7 Mac lalu – dihantar ke alamat terakhir defendan yang diketahui.

Kerajaan mendakwa ekoran kegagalan defendan membayar taksiran dalam tempoh 30 hari seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, penalti 10 peratus (untuk RM38,002.57 dan RM91,807.92) dikenakan.

Sehingga sekarang, dakwa kerajaan, Zaidi gagal membayar cukai pendapatan berjumlah RM1.4 juta.

Selain jumlah itu, kerajaan juga menuntut faedah tahunan lima peratus, bermula daripada tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos, dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Malaysiakini sedang mendapatkan pasukan perundangan LHDN dan Zaidi berhubung perkara ini. – MALAYSIAKINI

Baca: Kerajaan Mohon Lucut Hak Wang Alvin Goh, Isteri Addy Kana

Juga: Addy Kana, 2 Polis Bebas Tahanan POCA

Tags: addy kannaLHDNtunggakan cukai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd