• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fenomena Air Pasang Besar Bukan Pesta – Bomba

oleh Cj Mnh
07/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR: Orang ramai dinasihatkan agar tidak menjadikan fenomena air pasang besar sebagai pesta untuk bersuka ria, bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata malapetaka atau bala, boleh sahaja berlaku walaupun sesuatu aktiviti itu dianggap sekadar hiburan atau riadah.

“Masyarakat kita beranggapan banjir (termasuk air pasang) itu bukan bencana kerana keghairahan untuk bermain air. Kita (masyarakat) seharusnya peka dengan keadaan sekeliling kerana apa yang pasti kita sebagai penduduk di kawasan itu lebih tahu keadaan sekeliling.

“Sebagai contoh, kita tinggal di suatu kawasan penempatan, kita tahu apa risiko yang ada sekiranya terjadi bencana, jadi elak berbuat demikian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, antara insiden yang boleh dijadikan iktibar ialah kejadian meragut nyawa seorang anggota bomba Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh pada 20 Okt lepas, apabila wira negara yang lengkap dengan peralatan untuk menyelamat mangsa itu, turut terkorban.

Mohammad Hamdan berkata pihaknya sendiri tidak boleh melarang mana-mana individu untuk melakukan tindakan sedemikian, namun apa yang pasti nasihat boleh diberikan dan perlu cegah sebelum terlambat.

Terdahulu, beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada 68 anggota dan pegawai yang menerima pingat kebesaran jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020.

Beberapa negeri termasuk Kedah, Perak, Selangor dan Johor sebelum ini dilaporkan mengalami fenomena air pasang besar sejak Khamis lepas (4 Nov) dan dijangka berakhir hari ini.
— BERNAMA

Tags: air pasang besarBanjirfenomena
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd