Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Pengalaman Berharga Mengenali Pak...

Oleh: Zainal Rashid Ahmad PADA September 1994, saya diminta mewawancara Datuk Dr. Haron Din mengenai...

5,439 Kes Baharu Covid-19

Kuala Lumpur : Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 5,439 kes...

Pokok Petai ‘Hybrid’ Sesuai...

SERDANG - Pokok petai ‘hybrid’ hasil ‘perkahwinan’ petai biasa dan petai padi, sesuai...

Nafas Komited Modenkan Pertanian...

KOTA KINABALU - Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) Datuk Mohd Nazri Abdullah...

Ahli Parlimen Terima Dos Penggalak Mulai Selasa

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberikan dos penggalak vaksin Covid-19 kepada ahli Parlimen mulai Selasa.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pemberian dos penggalak itu bermula jam 9.30 pagi di Dewan Banquet, Bangunan Parlimen.

Jelasnya, pemberian dos penggalak itu bertujuan memastikan imuniti yang diperolehi selepas menerima dos lengkap dapat dikekalkan untuk tempoh yang optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta.

“Sehubungan itu bagi melindungi ahli Yang Berhormat yang mempunyai tanggungjawab untuk kerap bersama rakyat dan berisiko mendapat jangkitan Covid-19.

“KKM akan memberikan dos penggalak kepada ahli Yang Berhormat bermula esok iaitu Selasa dan tarikh seterusnya akan ditetapkan kelak,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pada 18 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 atau dos penggalak.


Jelasnya, pemberian dos penggalak itu dibuat dalam usaha untuk meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan.

Tambah Ismail Sabri, keutamaan pemberian dos ketiga itu akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu, seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun dan warga tua dengan komorbiditi. – Sinar Harian

Baca: Jururawat Meninggal Bukan Kesan Sampingan Vaksin COVID-19

Juga: Harga Baharu Kit Ujian Kendiri COVID-19 Diumum Minggu Depan

Lagi: Belanjawan Tiada Impak Besar Ekonomi, Perlu Struktur Semula

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori