• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Baharu Kit Ujian Kendiri COVID-19 Diumum Minggu Depan

oleh Mohd Arshad
02/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengurangan harga siling kit ujian kendiri COVID-19 akan diumum minggu depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Jika sebelum ini saya pernah katakan ia akan dikurangkan pada Disember, berita baiknya kita tidak perlu tunggu sampai Disember, kita boleh turunkan November ini, jadi saya akan umumkan minggu depan,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen selepas pembentangan Bajet 2022 di sini hari ini.

Nanta berkata penetapan pengurangan harga bakal diumumkan nanti mengambil kira kepentingan rakyat dan semua pihak terlibat setelah melalui libat urus dengan pihak berkaitan.

September lepas kementerian itu menetapkan harga borong dan runcit maksimum Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19 masing-masing pada harga RM16 dan RM19.90.

Beliau berkata KPDNHEP setakat ini meluluskan 2,500 premis atau syarikat untuk menjual kit ujian kendiri itu bagi memudahkan pengguna mendapatkannya dan pihaknya juga mengalu-alukan lebih banyak syarikat dan premis yang berminat menjual kit itu supaya tampil memohon kepada kementerian.

Sementara itu, mengulas mengenai Bajet 2022, Nanta berkata peruntukan RM1.15 bilion diperoleh kementerian adalah sama seperti tahun lepas yang antaranya akan digunakan untuk melaksanakan program food stamps (bantuan bakul makanan) kepada golongan sasar terkesan.

“Kita akan bekerjasama dengan DOSM (Jabatan Perangkaan Malaysia) untuk mengesan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata selain itu turut diberi perhatian ialah peruntukan RM200 juta untuk melaksanakan community drumming iaitu bagi membantu pengurangan harga barang keperluan bagi penduduk di kawasan pedalaman dan pulau-pulau.

Di samping itu, peruntukan kepada pemerkasaan program francais dan e-dagang akan diberi perhatian.

Bajet 2022 dibentang hari ini dengan nilai peruntukan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM332.1 bilion untuk menyedia dan merancang pelbagai strategi serta inisiatif bagi mensejahterakan rakyat dan membangunkan ekonomi makmur serta mampan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini berkata bajet mengembang itu mengambil aspirasi konsep Keluarga Malaysia dan turut dijajarkan kepada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) agar rakyat kembali makmur dalam norma baharu akibat pandemik COVID-19. – Astro AWANI

Tags: kit ujian kendiri covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Perlu Segera Tangani Isu Keberkesanan Kit Ujian Kendiri COVID-19

27/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mengambil tindakan segera menangani isu keberkesanan kit ujian kendiri COVID-19 yang didakwa menghasilkan...

Hanya Boleh Beli Dua, Tiga Kit Ujian Kendiri Covid-19

22/02/2022
0

Kuantan : Rata-rata peniaga khususnya premis farmasi di sekitar bandar raya ini mengehadkan jualan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd