Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Daun Palas Jadi Tumpuan...

ALOR SETAR - Sambutan Hari Raya Aidiladha menjadi tidak lengkap tanpa ketupat daun...

Mohamad Belum Pasti Untuk...

SEREMBAN - Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan akan berbincang dengan barisan...

JDT Raih Kejuaraan Hatrik...

JOHOR BAHRU - Kelab Johor Darul Takzim (JDT) melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai...

“Buat Majlis Kahwin Di...

TEMPAT yang mewah dan gah biasanya menjadi impian buat kebanyakan para pengantin di...

Wanita Bertudung Diminta Masak ‘Babi Panggang’

JAKARTA – Sebuah video tular dalam Instagram selepas warga maya meminta seorang pempengaruh bertudung memasak babi panggang.

Lapor Suara.com, komen itu dimuat naik dalam akaun Instagram @asahid_tehyung.

Wanita itu diminta oleh pengikutnya menghasilkan video tutorial memasak hidangan tersebut.

Permintaan yang mengejutkan itu bagaimanapun, tidak mengundang kemarahan wanita tersebut.

Wanita itu berkata, dia akan berusaha memenuhi permintaan tersebut.


Menerusi video tutorial itu, wanita tersebut menggunakan bawang putih, sos tiram, madu serta beberapa rempah lain untuk memasak hidangan tersebut.

Disebabkan daging babi adalah haram dimakan oleh orang Islam, wanita itu sebenarnya menggantikan seekor ayam bagi memenuhi permintaan tersebut.

Ayam yang sudah digaul sebati dengan rempah itu dibakar selama sejam dalam ketuhar.

Video tersebut mengundang perhatian dan ramai warga maya meninggalkan komen positif. – Utusan Online

Baca: Haram Jual Beli Emas Secara Ansuran – Mufti Wilayah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori